Friday, June 28, 2013

report card dan jiwa kelajuan

assalamualaikum

hi blog!!


* sila baca sambil bukak lagu jiwa kelajuan by HUJAN * 


hari ini memang hari report card sedunia ke hape sampai sekolah kebangsaan and sekolah agama pun buat serentak..

siapa yang jadi mangsa??

aku.. a-ku..

takde la terkejar-kejar.. tapi penat jugak la duduk atas motor. nak elak jem punya pasal, naik motor.

first time amik report card untuk adik gua. si uda. darjah 5. separuh hati gua pergi. sebab bapak gua busy. jadi, gua ganti. konon jadi kakak-mithali.

mithali konon. mi-tali ada la!

FYI, aku steady ja bawak motor. nak-nak masa jem tengah KL ni kan.. kena main cilok-cilok. sekali salah cilok.

BAM!

gua terlanggar bumper MYvi putih-dipandu-oleh-mamat-berkulit-putih-bermata-sepet.

gua jatuh. eh bukan. gua separuh jatuh. sempat tahan pakai kaki.

gua cuak. gua tengok bumper rasanya xde pape. calar pun tak. 

so, gua say sorry to the driver.

gua blah la tunggu ape lagi.

tapi kan. 

sakit tangan kiri gua menahan impak motor dari jatuh. 

cuak kejap. gua called mak gua.

mak: pok pek pok pek boleh balik tak ni?? bawak la slow-slow. tak lari rumahnya nak terkejar-kejar.

me: hmmmm... hummmm *angguk-sambil-menahan-telinga*

ye la.. dah gua salah. gua pun tak tahu macam mana boleh jatuh. tak bawak laju pun.. 50 -70.. syukur alhamdulillah la tak de kereta dari belakang langgar gua. kalau takkkkkkkk *sambung sendiri*

lepas dah abis sekolah kebangsaan and sekolah agama adik aku, balik tuh, terus tidoq! 

sakit.

sekarang pun rasa lagi. rasa macam urat gua dipendekkan. tangan tak boleh angkat tinggi.

bapak?

mesti la tahuuuuu..

dan semestinya gua dibebel.


p/s: hati-hati di jalan raya.. untuk gua jugak.  =( sakit.

p/s/s: makcik tukang urut plak busy. aigooo~~~ kena tahan sakit la gamaknya..

p/s/s/s: mak and gua = JDT, bapak gua = kelantan. may the best man win. hehehe 



Thursday, June 27, 2013

kes dera

assalamualaikum.

hi blog!!

hari ni kerja rutin. sebelum masuk praktikal. hantar budak sekolah, amik budak sekolah, hantar mak budak ya da yada blablabla..

masa tengah bawak kereta, sambil mata ngantuk-ngantuk, melayan pulak jem tengah jalan, gua tanya mak gua:

me: mak, ape rasa budak umur 7 tahun kena dera tuh? tak kesian ke?

mak: ntah la.. trauma budak tu. nanti silap-silap, dia buat kat anak dia pulak.

me: *allah*

tak rasa kesian ke kat budak kena dera tuh?

takda rasa kesian ke?

takda rasa serba salah ke tengok budak tuh nangis bersungguh-sungguh punya nangis, siap sedu-sedu sampai nak hilang nafas??

hantu ape yang ada dalam pendera ni?


allah! kesian weh kesian!! orang lain susah nak dapat anak.. lu orang yang dapat anak, boleh pulak buat tempat cucuh puntung rokok?! what the fish and chips that orang!!

dude, dia tu baru budakkkkk.. budak  dude. budak. bu-dak = budak.

aku tak tahu dah nak cakap apa.

ada baca tak pasal suami isteri dera pembantu rumah?

suami isteri tu guru!

cik-gu = cikgu!

come on man!
tak payah la main dera-dera. kalau orang dera balik, tau sakit!

belajar sabar.

fast future:

macam mana ghopenya bila aku dapat anak nanti?

sabarkah aku?

mohon belajar tebalkan kesabaran dari sekarang ye imahhhh...



Wednesday, June 26, 2013

anak 'lelaki'

assalamualaikum.

hi blog!!

hari ni, tanya kereta kancil hijau pancit. flat terus. kena buka tayar, baru boleh pump kat petronas.

kenapa petronas?? bapak aku cakap,

" bila lagi kita nak support negara sendiri." (suatu ketika dahulu)

aku cakap kat mak aku:

me: mak, ini lah gunanya anak 'lelaki' mak yang sorang lagi.. tengok.. bila abang ngan iwan takda, bapak pulak busy, siapa lagi nak tolong buka tayar??

mak: *gelak*


betul la kan? takkan semua benda kita nak kena bergantung dekat lelaki. bukan nak cerita pasal equality, kesamarataan, perempuan boleh buat macam lelaki boleh buat.. bukan bukan bukannnnn..

cuma nak cakap, perempuan pun kena tahu buat benda yang basic, macam tukar tayar or apa-apa ja.. sebab senang sikit kerja. boleh buat cepat dan tak bertangguh.

nak kasi senang sikit kerja lelaki.

tak payah tengok jauh. aku ni ja. senang.. tayar pancit. aku tak reti tukar. bapak busy. abang and iwan takde. last sekali, kereta tersadai.. oh sediiihh babe!


video suka-suki hari ni. nazim ni, budak yang mak aku jaga dari baby lagi. once kalau dia terjumpa blog aku ni, kak imah harap kau nangis. hahahhaha =P


p/s: semua orang sibuk up status kat fb pasal praktikal. aku rilex kejap.. padahalllll.....

Tuesday, June 25, 2013

alasan yang krik krik krik~~~

assalamualaikum.

hi blog!!

setakat nih, gua duduk rumah, kalau gua nak kena marah ke, nak kena balun ke, nak kena jerkah ke, nak dipersalahkan 100% ke, gua akan cakap:

" imah kan dah lama tak balik rumah."

and it reaaaaallly helped me a lot!

tapi!!

bila semua orang layan TEDUHAN KASIH, jangan harap dapat tukar channel. even bersuara-tanda-protes pakai ayat kat atas. 

*bunyi cengkerik yang keluar*

Monday, June 24, 2013

year break bermula!

assalamualaikum.

hi blog!!

hari ini hari pertama  aku kat rumah.. kat 'rumah' tuh maksudnya kita main masak-masak, kita main cuci-cuci baju, kita main hantar kakak-pergi-kerja, kita beli ikan-ikan, kita pergi cuci kereta, yada yada blablabla ~~~

hahahahah..

praktikal??

oh! aku belum mula praktikal lagi.. next week baru mula.. dekat ja dengan rumah. so, ulang alik la kojenya..

hurmmmmm.. what should I say bila duduk rumah?? 

honestly, berbulan-bulan duduk kolej, senang cerita tak connect dengan dunia luar, aku rasa nak balas 'dendam'. 

nak keluar jalan-jalan, nak makan macam-macam, nak buat macam-macam. nak buat semuanya yang tak boleh  buat masa duduk kolej. 

-.-'

 sedih tau bila terasa diri ni "katak dalam tempurung."

anyway anyhooooooo~~~

cerita pasal duduk rumah, mesti ada punya cerita gaduh-gaduh nih.. haaaaaaaaaaa~~~~~

hari ni si nina and huda bergaduh. 

aku?

aku pergi beli ikan kat pasar jap.. ha! nampak tak??

tak payah cakap la ape dah jadi.. pergh! pergh!! pergh!!! terbaik punya gaduh sampai nangis-nangis..

lepas tuh siap-siap hantar mak keeeee teeeeetttt!! hahaha.. dalam kereta:

mak: teruk sangat gaduhnya. tak boleh tinggal berdua kat rumah. 

me: alaaaa.. belum teruk lagi.. masa zaman imah, mak siap amik pisau lagi..

mak: *diam*


Wednesday, June 19, 2013

handphone dan final exam

assalamualaikum.

hi blog!!

*lepas aku update, aku off laptop dan sambung study sambil minum nescafe, kita jadi burung hantu ea kawan-kawan*

pagi ni, alarm pukul 0230 pagi.. konon bangun awal.

bukan terjaga sebab alarm handphone bunyi, sebab handphone terjatuh. ok. ni memang terus bangun.

dua paper subject.. KTO3 dan SSK.. pagi dan malam.

lepas abis jawab dua-dua paper killer nih:

" see you next sem baby."
 -.-'

dan sekarang pukul 12.15 am.. mungkin takkan tidur sampai esok. sebab pengaruh caffiene dalam badan.. mohon jangan ikut.. 

and i send an email to my ssk lecturer:

"let me know if you handle ssk class next sem."



Monday, June 17, 2013

nescafe secawan dan final exam.

assalamualaikum..

hi blog!!

hari ini paper ke-2 aku untuk final exam ni..

hari ni paper fizik 2. hurmmmm.. 

soalan bagi aku basic. tapi percayalah! soalan basic tu yang tak boleh jawab. 

dan apa point kalau set soalan susah-susah-konon-nak-bagi-beza-antara-student-extra-dengan-student-biasa-biasa, kalau soalan basic pun tak boleh nak  jawab??

got my point?

dan paper fizik adalah paper yang menguji keutuhan basic aku.

*sambil angkat tangan*

me: Dr, yang ni memang nak kena cari R dia ke?? ke Dr tak bagi??

Dr: memang kena cari.

me: saya pakai rumus nih. dan saya substitute masuk dalam yang ini blablablabla.. betul kan?

Dr: itu rumus chapter 28. soalan ni chapter 29.

me: eh?? alaaaa.. chapter tu saya tak study la Dr. tinggal satu soalan ja lagi.. yang lain dah setel dah.

Dr: habis bab mana yang kamu study?

me: ni. soalan-soalan yang dah siap ni.. *sambil tunjuk bukti* tinggal ni ja Dr. 

Dr: chapter 29 tak study langsung?

me: haah.

Dr: pernah la otak awak banyak masa lagi.

me: *what the fish, sambil mata melilau tengok kiri kanan*






p/s: physics used to be my passion long time ago. masa kat matrik penang. sebab, lecturer yang mengajar, sangat sangat sangat fatherly and motherly. sabar mengajar. lainkan soalan-soalan dan kerenah kami satu kelas. aku ingat Pn Leong. walaupun chinese, jasa dia besar dalam fizik buat aku. dan Enzik Zaidi pun. seriously dah lama tak balik penang. 
p/s/s: ada lagi 3 paper to carry on. fighting semah!


Saturday, June 15, 2013

Selamat Hari Ibu Bapa!

15 jun 2013

Assalamualaikum.

hi blog!!

*dari instagram gua*

bunga biru untuk bapak, Selamat hari Bapa.
bunga pink untuk mak, Selamat hari Ibu.


" if you are not romantic,
be appreciative."

by: HasmahJani

p/s: struggle lagi 4 papers. what the fish and chips!


Thursday, June 13, 2013

Datuk dan final exam.

assalamualaikum..

hi blog!!

hari ni hari pertama gua final exam.

sebelum tu, gua telefon dulu la mak bapak gua.. kekonon mintak restu la.. bagi sejuk sikit hati yang tengah dup dap dup dap nih ha..

mak: kau kat mana tadi.. mak call tak angkat??

me: imah pegi toilet tadi.

mak: pok pek pok pek balik pok pek pok pek

me: hurm.. hurm.. ye.. ok.. blablabalbabal..

mak: nak cakap dengan bapak tak?

me: boleh jugak.

bapak: assalamualaikum!

me: waalaikumsalam Datuk! apa khabar??

bapak: mana ada datuk lagi.. cucu pun takda..

me: hambooiiihh!! kakak tak lama lagi la tuhh..

bapak: hahahahha.. bla bla bla bla bla. sihat tak nih?

me: sihat.. perut pun ok.. cuma hari ni tak  berak lagi.

bapak: iye?? makan blablablabalabna..

me: ye.. makan..

bapak: blablablabla.. assalamualaikum..

me: waalaikumsalam..



motif post hari ni?? hurmmmm.. sekadar memenuhi ruang catatan peribadi yang akan lupa barangkali. 

sempat gua upload sekeping gambor ke instagram gua.. buat kenangan. 

Saturday, June 8, 2013

Sangsi Asmara

assalamualaikum.

hi blog!!

if everybody doubt on you,

proved them wrong.

by: hasmahjani

even mak ayah sendiri buat macam tu kat lu orang, then, korang kena tunjuk jugak yang diorang salah. 

hanya dengan cara itu, mak ayah lu orang boleh tutup mulut, silap-silap tak keluar suara.

they must be proud of you. percayalah.

sebab gua pernah kerja dengan orang yang macam ni. mak ayah dah tak kata apa, kecuali bangga. 


Wednesday, June 5, 2013

Selamat Pengantin Baru !! Nabilah Nawawi dan Pasangan

assalamualaikum.

hi blog!!

pernikahan dan persandingan sedara bau-bau bacang aku on 1st june lepas. ramai budak-budak kelas aku tak tau yang kitorang ni sedara. hahaha.. abaikan..

dia ada mintak tolong aku sebelum majlis nikah tu.

nana: mah, aku nak mintak tolong kau sikit boleh?

aku: boleh ja.. selagi tak melanggar hukum.

nana: jadi pengapit aku boleh?

aku: me what??! pengapit?? kau nih tak de orang lain ke nak mintak tolong?? kau sedar tak  kau mintak tolong dengan sapa ni oiiiii??! 

nana: blablablabbal

aku: blablbalbalba

aku: aku pakai sport shoes boleh?

and of course la i wont to that dude!! kalau mak aku tau, mampuuuuuus aku! hade ke majlis kahwin orang nak buat macam majlis kawin aku. and of course  la pakai ikut tema.. kebetulan, warna baju  memang masuk dengan tuan rumah dan tuan tanah .. eh? 

gerak awal sebab aku tau kompem sesat punya. ha!! kan dah kate, sesat.. sampai ke klang perginya.. padahal nak ke seksyen 28, shah alam. nampak tak nampak tak? 

sampai almost 10am . nasib baik belum nikah lagi.. huuuuuuuu ~~ 



sama kan warna baju titew?? *eeuw*


orwh orwh orwh!! pertama kali makan macam vvip. even bukan kat hotel berbintang-bintang, asal ada orang serve pon ok yedak?? syedappppppp! *sambil jilat jari*



ni ja yang dapat datang. ada yang bertembung dengan nikah abang la, ada yang bertembung dengan aqiqah anak buah la.. ni ja yang free~~~


ni family belah lelaki. dia anak last. 2 orang ja pun.. tapi, diorang memang sporting habis! sporting giler! giler sporting! 

saranghae!!



pengantin baru.


tolong photographer tu buat outdoor kejap.. hahaha.. 



aku rasa macam tak payah kipas pun tak pe kot sebab angin banyak ja semendang. cuaca pun molek je tak panas sangat .. wiiii~~

and last but not least, behind the SCENE:




p/s: lepas ni akan ke johor. kenduri jugak. tunggu kita orang johor!!!

p/s/s: boleh plak si nana lupa nak jemput cikgu-cikgu sekolah. adohai! ada cikgu terasa @@

Tuesday, June 4, 2013

Quote best-bila-down

assalamualaikum.

hi blog!!

aku study programming ini hari. ala subject yang aku amik untuk belajar programming tapi  pada masa yang sama belajar falsafah hidup tuuuuhhhh..

aku selak la satu -satu, buat latihan satu-satu, fahamkan satu-satu. bab 3, data primitive.

jumpa quote nih:

" siapa suka kalau hidup ada masalah? 
tapi dari masalah kita bejar sesuatu."
 - Cik Wan, SSK 3100 -


p/s: benda boleh settle.
p/s/s: harap study week dengan aman damai sejahtera. amin *sapumuka*

Monday, June 3, 2013

Attachment

Assalamualaikum.

hi blog!!

dah mula study week. untuk final lagi seminggu. harap-harap kuat la masa study week dan minggu-minggu final. takda masalah jiwa-raga-kesihatan-apebagai *amin*lepas abis ja final, tengok la apa aku nak buat.

gua nak bagi teka teki ni. betul atau salah, memang gua tak sediakan hadiah. harap maklong~~

"dalam banyak-banyak makhluk, makhluk apa paling rumit, susah, payah nak faham?"

ha! JAWAB JAWAB!

jawapannya:

" PE-REM-PU-AN " 
*eja satu-satu*



sebenarnya, gua nak cerita something, sharing, give opinion andddd conclude kot. mungkin.

gua ada seorang kawan.perempuan. dia delima. sebab apa yang dia buat sekarang, buat dia stress dan seksa jiwa.

gua bukan nak tunjuk dia baik, tapiiii baguslah kalau dia ada rasa serba salah. gua pun bukan nak cakap gua bagus sangat. biasa la malaysian suka  tipikal-tipikal. gua cuba tak jadi tipikal. gua cuba ok.

make it short, dia kata, sehari kalau takde text, takde call memang tak lengkap hidup. bukan la tak lengkap hidup. cuma jadi kureeeng sikit la nikmat hidup itu hari. lack of something kata orang jawa.

diorang bukan couple. itu yang gua boleh cakap. lagipun dia tak suka orang ingat diorang ni couple. dan dia kata, ni bukan diri dia! gua pun cakap: yup! that was not sooooo you.

"macam jadi hape-ntah-hidup sebab teringatkan orang yang-totally-belum tentu jadi husband kita." 
kata dia.


gua memang faham stress dia.
gua memang faham masalah dia.
gua memang faham delima dia.
gua memang faham serabut dia.
gua faham semuanya.

sebab gua pernah jadi macam dia. bukan nak buka pekung. tapi nak bagitau yang bila benda tuh dah jadi kat kita, tak payah cakap banyak, gua tahu.

gua bagi idea. tapi gua cakap:

"benda ni works to me sebab aku kuat, aku taff, maybe not to you. somehow boleh ja try."


"only contact if there is concrete and solid reasons to do so."

" cut off any medium yang boleh engaged dengan dia."

"make those thing sikit-sikit. pelan-pelan.kalau dia tanya, tak payah layan. lagi layan lagi manja."


gua tulis panjang pun tak guna. tulis yang penting dah la.

kalau korang nak tau, perempuan ni cepat perasan. contoh ea gua bagi:

" eh, apesal mamat nih duduk sebelah aku?  syok kat aku ke?"

padahal, secara logiknya, dah memang seat sebelah diorang kosong. tak payah tunjuk jauh. gua sendiri pernah rasa.  tapi gua rilex. 

lepas tu,


"eh? apesal mamat nih like status aku? stalked aku ke?"

padahal, dah sah-sah post dia tu akan keluar kat newsfeed mamat tuh dan semua yang jadi kawan kau. 

perempuan memang cepat perasan. minta maaf cakap. sama jugak aku pun. tapi aku sekejap ja perasan. tak boleh lama-lama. mengganggu hati. kalau ada rasa macam tu, get rid benda tu cepat-cepat. ni bukan nasihat tau. ini WARNING.


p/s/s: inilah masalah remaja yang baru nak kenal 'DUNIA'.

p/s: gua kena prank dengan mak gua petang tadi. katanya diorang balik KL lambat lagi. sebab seronok dengan terengganu lepas hantar si iwan kat sana.