Wednesday, June 13, 2012

self-reflection: jangan terbuai

13 june 2012


salam.. hanya mahu berkongsi.. harap-harap yang membaca nih dapat info.. amin.. *sapumuka*



time brutal kita brutal, time lembut kita lembut. sekian.












kredit kepada: SYABAB MUSAFIR KASIH *sila klik untuk ke FB beliau*




i was 'loitering' and 'lepaking' in the fb.. suddenly this guy was updated his new status and new pic.. and i was likeeeeeee: ALLAH love me and He want me to know that! *syukur giler! alhamdulillah*


dulu, masa duduk seorang diri, masa tengah senggang, masa tak ada benda serabut, aku TERFIKIR.


andai satu hari nanti aku di uji dengan ujian yang tak pernah aku bayangkan dan rasanya tak sanggup aku hadapi, bagaimana keadaan aku?


sebab apa aku terfikir? mungkin sebab aku selalu baca majalah yang alhamdulillah membina rohani, SOLUSI. selalu di tekankan, 'ALLAH MENGUJI IMAN KITA DENGAN UJIAN. DIA TAK AKAN MEMBEBANKAN HAMBANYA DENGAN UJIAN YANG TAK TERTAMPUNG OLEH MEREKA.'   
lebih kurang macam tuh la. kira itu ayat aku.. tapi fahamkan apa yang cuba aku sampaikan? GREAT!


sampai ada satu tahap, aku terfikir, SUDAH KUATKAH IMAN DI DADA? KENAPA ALLAH TAK UJI AKU? ALLAH TAK SAYANG AKU KE? 


DAN...
happened to me:


'bapak kat hospital.'


aku masih lagi berkira-kira samada mahu balik ke kolej atau pulang saja di rumah. dan, Allah gerakkan hati supaya pulang bertemu emak di rumah. bincang dan berfikir, akhirnya:


'kita bertolak ke kampung sekarang.'


banyak la jugak perkara yang negatif dok ada dalam pale hotak ni.. sambil zikir, selawat, macam-macam ayat keluar. ini la manusia, selalu ingat Allah bila susah kan? aku pon terfikir, 'apa nak jadi dengan ang ni?? bila susah baru ingat allah. apa pon tak boleh!' * ya, saat itu peperangan dalam diri.* biasa la time nih la setan setan yang syaitan tuh dok gelak-gelakkan kita kan kan kan...


apa yang aku simpulkan, itu baru ujian sesak nafas bapak aku yang Allah turunkan. aku, kau masih tak tahu apa yang akan terjadi esok, lusa, tulat yada yada .. jadi, iman yang mantap perlu di siapkan, fikiran positif selalu di ingatkan dan paling penting aku, kau dan orang muslim yang lain haruslah BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. aku dan kau harus ingat, kalau ujian itu datang, pasti ada hikmah. kalau tak dapat di sini, insya allah akan dapat di Sana.. 


harap, aku, kau tak mencari Allah waktu kesusahan. 










off topic:
 bakal anak-anak ku sekalian,
 kita harus bersangka baik dengan allah.


No comments: