Sunday, December 16, 2012

weekends yang buat otot jadi sakit

17 disember 2012

assalamualaikum.

weekends yang super duper awesome.
super duper sakit.
super duper perit.

beb,
naik broga ramai-ramai.
lepas satu pit stop, ingatkan dah abis. lepas tuh ada pit stop yang lain. sampailah ke puncak. 




naik broga hills tuh waktu pagi.

petang pulak sambung dengan wall climbing. 
weh! part syok bila tau kau tak gayat dan boleh kalahkan budak lelaki.

tapi effect extreme activities dari pagi sampai ke malam,

umpama anggota badan kau rasa kena tarik pepanjang dan tak boleh kembali ke bentuk asal.

malam plak, ada family dinner. nak buat kejutan katanya. kejutan la jugak. dapat la durian crepe 6 biji dan di kongsi dengan junior bila balik kolej. ala, makan sebiji pun dah nikmat.



itu cerita sabtu.

yang ni cerita ahad. bayangkan dengan otot-otat badan yang kau rasakan mengeras secara perlahan, dan kau terus cari cold pack untuk ditekapkan kat otot yang penting seperti belakang badan.

aku pikir satu ja..

'jangan  la jadi ape-ape.. petang nih nak lawan bola tampar pulakkkk.'

dan

petang itu, kami bermain bola tampar dalam keadaan

hujan, berhenti-hujan, hujan-turun-balik, berhenti-hujan, hujan-turun-dengan-lebatnya.

game still jalan. 

dan itu adalah moment mandi hujan yang paling indah sekali. 

p/s: aku baru nak buat perangai 3K (kuliah-kafe-katil). sekali terjebak pulak. memang rasa awesome. 

p/s: jangan ingat aku nih aktif. tapi disebabkan aktiviti yang ditawarkan itu sangat unik dan tak pernah aku buat, which are hiking to broga hill, wall climbing and volleyball, dan bayaran hanyalah RM1, mana nak cari!?

kolej muhammad rashid,
will be in my memory.
this is last.

No comments: