Monday, February 18, 2013

SHE-STRONG: ALLAH SAYANG.

18th februari 2013.

assalamualaikum.

hi blog!

#monologdalaman

tiada suara yang dapat aku keluarkan.
tiada perkataan yang mampu aku ucapkan.

hanya sebak.

aku pernah ada niat,
nak buat kejutan kat kau,
datang temerloh.
macam biasa, 
aku sorang.

tapi, 
takdir.

aku jumpa kau,
kat hospital ampang,
hari sabtu,
pukul 0730pm baru dapat jumpa.

syukur.
kalau tak pukul 0700pm memang tak boleh masuk.

syukur,
aku dapat jumpa kau.

syukur,
aku selamat sampai jenguk kau.

syukur,
aku dapat senyum kat kau.

syukur,
kau dapat tengok aku senyum.

syukur, 
aku dapat tengok kau lepas 12 tahun.

syukur,
aku dapat sampaikan salam kawan buat kau.

syukur,
masa ayah kau bacakan yasin,
aku dapat tengok kau puas-puas.
sangat puas.
aku duduk kat belakang ayah kau.

syukur,
aku dapat tengok kau tidur dengan ayat yasin yang beralun,
mak kau bacakan, ayah kau bacakan.

syukur,
mak kau selalu ingatkan kau baca syahadah bila kau terjaga dari tidur.

syukur,
ayah kau urutkan dada kau bila kau mengadu sakit.

syukur,
ada nurse tolong monitor kau.

syukur,
ada saudara dan kawan yang datang melawat kau,
bacakan yasin untuk kau.

syukur,
aku dapat pegang tangan kau, cium tangan kau lepas 12 tahun.

syukur,
aku dapat urut tangan kau,
walaupun sekejap.

4 tahun,
kau tabah.

4 tahun,
kau kuat.

4 tahun,
kau sabar.

4 tahun,
kau gagah.


maaf aizurin,
aku jumpa kau lambat.
sangat lambat.


#al-fatihah buat saudara ku aizurin bt a. muiz. semoga engkau tenang di sana. 
#salam sayang dari aku, siti nor hasmah bt ahmad jani.
#lagi 2 hari, hari jadi kau.

2 comments:

Cikgu Fikri said...

ni kwn imah yg kat entry sblm ni yer?
Al-Fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Amin...


btw, ni num kawan saya yang buat bekam tu...
boleh tanya dia.. jgn segan.. dia peramah.. :)
0133083254 -Aminah

imah said...

ye.. kawan saya yang saya ceritakan kat entri sebelum ni.

ya. doakan sama-sama.

terima kasih.