Friday, July 26, 2013

ayam masak kicap larut malam

27 julai 2013


assalamualaikum.

hi blog!!

pagi tadi family aku bersahur dengan ayam masak kicap yang aku buat. 




tapi kenapa post ni pasal ayam masak kicap larut malam??


sebabnya, aku dah abis masak, dah siap semua rasa after 12am. 

hahaha.. mesti korang kata:


pergh! lame gilerrr masak!


hellllo! i went to solat terawih first okkkkk..

itu pun mak dah bising:

mak: bila nak masaknya?? sahur ni takde lauk.

me: ye ye ye.. balik ni imah masak.


dan sahur tadi, sesi food testing:



mak:  ayam kau ni dah ok.

me: oye? tengok la kat mana imah beli.. *mata bersinar-sinar*

mak: abang tau imah tu beli ayam kat mana?

bapak: ape pulak tak tau. 

everybody: *gelak guling-guling macam tenggiling*

nina: tapi an kak imah, kentang kau ni keras sikit. tapi yang lain sedap la.

me: memang pun kentang tuh keras. dari semalam lagi cari pasal dengan aku.

mak: nanti iwan balik, masak lagi. iwan suka ni.

me: ayai kapten!


time cuti-cuti, rehat-rehat, boleh la masak. try recipe-recipe 'adhock'. sebab selalu mak aku tanya nak masak ape, aku jawab, ntah. campak-campak je la.

kalau campak-campak aku boleh jadi sedap tak pe la jugak. kuikuikui..



No comments: