Wednesday, July 17, 2013

ustazah rozana

assalamualaikum.

hi blog!!!

*sila baca blog ini sambil mendengar lagu rozana-search*

entah kenapa hari ini bas rapid dekat LRT Kerinchi datang lambat. selalu kalau aku dah sampai, ada bas. mungkin sebab semalam, satu bas dah rosak. jadinya mereka kekurangan bas. atau mungkin tersekat dalam kesesakan jalan raya. 

nampak tak betapa berbahasanya aku?

abaikan.

jadi, aku pun stay. tunggu ja. untung dapat rasa buka puasa atas jalan. 


dan. aku pendekkan cerita. terjumpa ustazah sekolah agama aku. ustazah rozana said. aku tak sure dia mengajar aku subject apa. dan aku pun lupa nak tanya. excited. bayangkan dah 12 tahun tak jumpa. apa lagi. aku salam, aku peluk. 

lama la jugak. sebab aku tunggu bas, ustazah tunggu anak dia balik tuisyen kasturi.

she: ada calon tak ni?

me: tak.

she: kawan la dulu. 

me: saya tak pandai la ustazah. entah la zah. saya tak pandai.

she: cari  dulu. sekarang senang kalau nak cari. nanti kalau awak dah kerja, orang takut dengan awak sebab kerja awak. 

me: *tak payah tunggu kerja, sekarang pun ada yang takut. sebab saya garang. hahaha. (dalam hati)* senyum.

she: pokpekpokpekpokpek

me: pokpekpokpekpokpek

she: yang penting, jangan lupa jemput ustazah kalau kawin nanti.

me: insya allah zahhhh.. *senyum*


lumrah. bila seorang anak dara ditanya soalan begitu. nak maki? tak boleh. nak marah? pun tak boleh. apa yang kena buat, tadah je la telinga.

betul. umur 22 ni bukan muda lagi. kata Puan Rosmina, cikgu sejarah. emak-emak zaman dulu kawin muda. 15, 16, 17 dah kawin. 


sungguh aku tak pandai. macammmmm kekok. ya! perasaan kekok. rasa kekok. berasa kekok. 

entah.

 feeling-less towards guys?

nope!



wellllll.

aku rasa, ini jawapan yang terbaik, bagi aku. buat masa ini:


dalam 22 tahun ni, semua benda aku buat. sendiri. mungkin bukan semua. tapi hampir semua. belajar untuk tidak menyusahkan orang lain, kecuali menyusahkan keluarga sendiri. suka berdikari. dengan erti kata lain, terlalu berdikari. bukan berlagak. cuma benda yang dari kecil lagi dah di latih macam itu.di latih secara langsung atau tidak langsung. hanya yang rapat tahu.

nak bagi orang kenal diri kita, nak bagi orang kenal dunia kita, agak mustahil. sebab ada jenis yang hanya orang tertentu ja boleh masuk. macam aku. 

tapi macam mana orang nak kenal, kalau kita masih tutup pintu? kan? toleransi dan tolak-ansur kata orang jawa.


entah.

takut. mungkin.

dan semestinya ada banyak lagi sebab.







D8 Ramadhan : This posting is dedicated for my brothers & sisters who are still remaining single & available until now, whatever is/are your reason(s). 

How about opening your heart for marriage during this blissful month of Ramadhan? Make the first bold step to start the ball rolling...Make doa for your jodoh - seriously & confidently, ask Allah SWT to remove the doubts, fear & uncertainty. If you have any particular candidate/person in mind, ask Allah to find you a trustworthy middle person to start the proposal. 

InsyaAllah, may in this peaceful month of Ramadhan. Allah bring you both the tranquility & serenity to be brave & courageous enough to make the commitment. 

So kawan, Ada Berannn(i)??? Let's take up the challenge!!


credit to: Dr. Harlina Halizah Siraj







Indahnya Ramadhan ini. 2 perkara saya belajar dari alim ulama yang selalu dicuaikan oleh orang berpuasa tapi menyebabkan semua hajat kita tertunai insyaAllah.

Ketika bangun sahur kerjakan walaupun 2 rakaat tahajud dan berdoalah.waktu itu sangat mustajab doa. 

Selepas itu sebelum berbuka ambillah sedikit masa untuk berdoa panjang panjang bersama keluarga. Paling kurang 15 minit sebelum berbuka sampai azan.
Setelah satu hari puasa ketika itu doa sangat makbul. Kita berlapar kerana Allah. 

Kita mulakan yer dan didik ahli keluarga kita yer.terima kasih ya Allah kerana beri kami nikmat yang besar ini walaupun kami pendosa dan selalu lalai.-ebit lew

 credit to: ebit lew 


doa ini, embah aku (nenek dalam bahasa jawa) ajar. time tuh tak sempat salin. dah kakak aku mengambil inisiatif, GOOGLE!





aku lupa nak minta ustazah doakan sekali. 

jadinya,

mari kawan-kawan, kita sama-sama doa. sementara bulan ramadhan ni yang mana doa orang berpuasa dimakbulkan allah. doa sungguh-sungguh. 

shall we?



No comments: