Saturday, September 14, 2013

tips untuk elak bosan

assalamualaikum.

sekarang pukul 4.31am. ikut jam aku. pada masa aku menaip entri ini, sudah menginjak 15 september 2013. tetapan blog yang senget ini telah membuatkan blog aku satu hari ke belakang. oh! itu tidak mengapa. abaikan.


aku kembali ke rumah semalam malam. sebelum itu, tidak ada siapa pun tahu yang aku akan pulang kecuali Allah, ana dan ayu. jiran di kolej tempat aku menginap. 


pada ketika aku menunggu LRT untuk pulang, aku menaip mesej untuk di hantar kepada kakak.


me: guess where i am?

she: where are you?

me: hahaha

she: vongeks?

me: lorong haji taib

she: with who?

me: alone. nak tgk market aku tinggi ke tak. hahaha

she: mesti tinggi doe. hahahahha



sesi ini menbuatkan aku tersenyum sendiri. itu aku. yang mana bila sudah tiada kerja atau bosan dengan sesuatu, perkara pelik aku cuba aku lakukan. bagi yang baru mengenali diri aku yang tiada apa ini, kau gila, kata mereka. tapi bagi yang rapat, sudah biasa dengan cara kau, kata mereka.


sebelum aku menaiki LRT, aku menghabiskan masa aku di Terminal Bas Selatan, di satu kedai serbaguna atau lebih tepat seven elevan. menikmati bubur segara di atas tempat makan khusus buat tiga orang. aku duduk seorang diri. melihat orang. pada masa yang sama cuba untuk memahami sebahagian journal yang aku cetak.

memang niat untuk buat begitu. memberikan diri aku kelainan. memberikan diri aku ruang. untuk berada di tempat selain daripada bilik di kolej, tempat kuliah dan juga perpustakaan. supaya tidak bosan. itu makna yang lebih tepat.

berjalan dengan muka yang agak sememeh, muka budak baru masuk universiti, kononnya. berjalan dengan tudung lebar, berjalan dengan beg yang  boleh di kitar semula, berjalan dengan beg galas dari tahun pertama, berjalan dengan gaya nak balik kampung. berjalan dengan kasut nak pergi kenduri kawin. berjalan dengan gaya sendiri.  itu aku. berjalan sambil melihat orang. yang memang ada macam-macam ragam. 

itu semua untuk membuatkan diri aku supaya tidak bosan. ya. memang aku seorang yang cepat bosan. apa boleh buat. aku cuba untuk tidak melakukan benda-benda rutin. itu tips aku. 

aku lihat banyak orang.

itu yang aku dapat.

nak taip panjang lagi, aku terasa malas.

aku cadangkan korang buat sendiri apa yang aku buat. 

kau akan rasa. ada rasa yang tak dapat diungkap. atau ada idea tapi tidak tahu bagaimana nak dihuraikan. atau kau memang malas nak bagitau.





No comments: