Saturday, November 16, 2013

# 1 Awesome Thing

Assalamualaikum.

Hi blog!

I just mingled around the blogsphere and  get an  inspiration from here: Book of Awesome.

Hehehe.


Banyak juga benda yang terlintas dalam fikiran bila nak tulis dalam blog ini. hahaha. Tidak mengapa. Kita buat satu-satu. Entri ini juga boleh la aku buat di saat ketandusan idea nak update pasal apa.


Baiklah.


Benda hebat aku pernah buat ialah memandu jarak jauh.


Sebenarnya macam ni. Aku dah lupa tahun berapa. Tapi yang sahih, apa waktu itu, aku sedang menghadiri majlis pertunangan kakak kawan aku, Syafik Mansor. Sebenarnya aku menemani Huda untuk ke majlis pertunangan ini. Huda ialah *ehem ehem* Syafik. *sorry huda.* hahaha. Kiranya aku ni pemandu si Huda ni.


Masa majlis itu sudah habis, kami pun duduk-duduk sambil membuang masa. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi dan nama kakak tertera di skrin:


kakak : Balik rumah cepat.

aku: kenapa?

Kakak: bapak masuk hospital.



Lebih kurang macam tu la dialog dia. Pada waktu itu, yang berada di Kuala Lumpur adalah Abang, Emak, Nina dan aku. Kakak, Uda, dan Iwan mengikuti bapak ke satu majlis di kampung kami, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.



Ya. Memang on-the-spot punya keputusan. Dalam fikiran aku waktu itu, hanya fikirkan bapak. Berharap agar dapat bertemunya sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Dalam perjalanan, aku bernazar, andai bapak pulih, aku mahu berpuasa.



Kami sampai di kampung, malam. Kami ambil keputusan terus melawat bapak. Aku pun dah lupa berapa lama kami di kampung. Tapi yang sahih, aku, Kakak, Iwan dan Nina harus balik ke Kuala Lumpur kerana Kakak harus ke kuliah, Iwan harus kembali ke asrama, Nina harus bersekolah dan aku juga harus ke kuliah keesokkan harinya. 



Jadinya, aku memandu dari Sabak Bernam. Aku perlu menghantar Iwan ke asramanya di Manjalara, Kepong, Kakak ke Uitm Shah Alam, Nina ke rumah dan selepas itu aku terus kembali ke UPM.




Emak telah memberi 'perintah' agar tiada siapa pun tidur di dalam kereta. Semua harus menemani aku, yang pada ketika itu berlesen P. Dan emak juga menasihati aku supaya berhenti berehat jika aku letih dan mengantuk. Emak cakap, bawak lambat pun tidak mengapa. Asalkan selamat sampai.




Dan pada ketika itu, aku merasakan bahawa tugas memandu bukan suatu kerja yang mudah. Aku menjaga nyawa orang di dalam kereta dan juga orang sekeliling. Keletihan juga buat aku sedar, bahawa selama ni, perasaan inilah yang bapak aku rasa. Di ajak berbual di dalam kereta untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk. Perasaan letih kerana memandu  dan tanggungjawab membawa kereta dengan selamat menjadi satu tugas bapak selama anak-anaknya belum memiliki lesen kereta. 




Aduh! Aku terasa lambat untuk bangun dari tidur.


Kini, aku telah memiliki lesen kompiten bagi kereta dan motor. 

Tapi, bapak masih tidak membenarkan aku memandu jika kami naik satu kereta. hahahahaha. 


Saya sayang bapak saya. 


No comments: