Thursday, February 20, 2014

#625

Assalamulaikum.


Masa duduk dekat rumah tanah lot dulu-dulu, akan ada aktiviti mencabut rumput di halaman rumah, buang nasi kat tepi tumah untuk ayam dan kucing makan, sapu daun yang ada dalam longkang, lepak-lepak bawah pokok nangka, sapu laman rumah. Oh! betapa aku merindu kenangan-kenangan itu. Kenangan di mana depan rumah ada pasir, depan rumah ada pokok, depan rumah ada buah-buahan.

Hurmmmm..

Hari ini hari jadi arwah Aizurin bt Muiz. Pada 18 Februari 2013, genap setahun arwah kawan aku, Aizurin bt Muiz pergi bertemu Penciptanya.
Alhamdulillah. Aku sempat bertemu dengannya. Detik terakhir bersamanya, insya allah aku ingat. Wajahnya yang pertama kali dan terakhir aku nampak selepas kami berpisah agak lama kerana arwah berpindah ke Pahang.


Iya.
Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

Kerana,
Mereka telah menempuhi,
Dan kita bakal mengikuti.



No comments: