Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Aktiviti hujung Minggu: Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum.

Hi blog. 

Rindu aku?

Minta maaf. Tiada niat nak tinggalkan blog ni lepas activate fb.
Sorry blog!

Jadinya, hari ahad itu hari, ada kenduri doa selamat dekat kampung aku belah mak. Sempena mendoakan maksu aku yang bakal melahirkan anak tak lama lagi. Aku bakal dapat sepupu baru, pada umur 23.  Bila umur aku 46 tahun, dia baru 23 tahun. Doakan panjang umur.

Tapi bukan pasal itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal nenek aku ni ha. Masa lepak-lepak, borak-borak kat dapur, nenek aku cakap:


nenek: nanti kalau nenek mati, kain batik lepas ada dekat dalam almari tu.


Aku terus berhenti. Reaksi dalaman aku macam ni:



aku: what the neraka are you talking about?



Tapi reaksi luaran aku:




aku: Kenapa nenek ni? Cakap bukan-bukan.


nenek: iye la. Nenek bukan apa, kita ni dah tua, bila-bila masa tuhan boleh panggil.


Maksu menyampuk:


maksu: maksu ni pun sama. Tak tahu la nanti macam mana beranak. 


nenek: kain ikat dagu pun nenek dah sediakan kalau nanti masa 
nenek mati mulut nenek tak boleh tutup.


aku: eee... Kenapa semua cakap macam ni? Kalau macam tu, nanti imah pun boleh mati muda blablablabla..



Mati tak kira usia. Mati itu pasti. Salah satu perkara yang dirahsiakan oleh Allah kepada kita.



Bila duduk berkumpul ramai-ramai, terutamanya meluangkan masa dengan keluarga macam hujung minggu hari tu, sedikit sebanyak, ia menolong diri kita, mengingatkan kembali kepada perkara yang kita lupa. Contoh macam mati tu la. Tu yang kat Fb aku, terutamanya kat wall aku, banyak aku post pasal benda-benda yang orang lain cakap, dan aku terima. Sebab aku pun nak orang lain sedar juga. Aku bukan nak untung seorang diri. Lagipun, benda baik, moleklah kalau dikongsi. buat renung semua penduduk bumi, yang selalu lupa diri, Hidup di dunia ini, kena menyembah Ilahi.



Macam-macam la! Tak tercerita sebenarnya.

Dan setiap kali aku nak balik kolej ke, bapak call ke, aku call ke, bapak aku mesti tanya:

bapak: ada apa-apa masalah?

aku: doakan imah tabah nak habiskan final year ni. 



***********************
aku mencari,
kebaikan yang mana telah ku beri,
kebajikan yang mana telah ku beri,
untuk manusia yang lain.




mood swing.

p/s: anak-anak ibu, pada hari ini, ibu dengar kadar tol dinaikkan, selepas pengumuman naik kadar bil elektrik, minyak. Macam manalah nanti zaman kamu semua ea?

Sunday, December 1, 2013

Aktiviti hujung minggu: Extreme Game Dan Kenduri

Assalamualaikum.

Minta maaf. Minta ampun. Serius aku sibuk.

Jangan marah ea kalau aku tak update. Korang doakan je la aku tabah untuk tahun terakhir aku ni. Doakan supaya ilmu aku senang masuk ke hati, ke jantung, ke otak, doakan aku sihat, doakan aku  serta adik-adik aku yang lain. Terima kasih! X X

Baiklah, sebagai ganti, untuk seminggu.

Minggu lepas,24 November 2013, ada kenduri kawen. Anak buah aku kawen. Sepupu aku punya anak. Kira anak buah jugak la kan? Ke ada perkataan yang lain? Aku tak kira, janji, antara aku dengan dia, pangkat aku makcik walaupun dia sebaya dengan aku. Yup.. Dia sebaya dengan aku. Jangan nak tanya, " makcik dia bila nak kawen pulak??" Nak kena lempang?



Aku belajar pun dah guling-guling. Inikan nak kawen. Acane rupa agaknya?? Nanti la  aku cerita bab-bab kawen ni. Tunggu aku ada masa, aku karang,korang baca. Ok?




Dear-my-future-husband,
Selain saya titipkan pesan ni buat awak, saya juga sedang mengingatkan diri saya sendiri. Mendirikan rumah tangga bukan satu perkara yang main-main. Ianya serius. Tahap dimana dua orang yang berlainan watak, dinikahkan. Sepanjang kita dalam ikatan perkahwinan, kita menjalani satu proses. Iaitu proses perkenalan. Sebelum itu, kita harus mempersiapkan diri kita dengan ilmu kekeluargaan, keibubapaan, dan sebagainya. Sesungguhnya, saya juga sedang mempersiapkan diri saya. Saya harap awak juga begitu. Supaya saya dapat membiasakan diri saya untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar.


Dear-my-future-husband,
Nanti saya sambung lagi. Sebab saya nak buat entri khas buat awak. OK?



Dan semalam adalah hari menyeksa hormon-hormon stress yang dah berkumpul dalam badan aku ni. Aku join kayak dekat Bukit Ekspo. Aku ajak Ehsan. Sepupu aku. Dia bawak kawan dia. Jadi, kami bertiga.  Ceritannya macam ni. Ehsan akan incharge untuk wall climbing. Dia akan bagitau aku apa-apa pasal aktiviti tu. Bila tuan dia free, aku free, kita akan ke Putrajaya dan memanjat. Dan aku, incharge dalam aktiviti kayak. Macam semalam. Kira adil la kan kan kan?





Nak tahu apa jadi semalam. Kayak punya kayak punya kayak, jumpa junior matrik aku. Tasha namanya. Tasha dan Atiqah. Mereka junior untuk fakulti aku jugak. hahaha.. Kayak punya kayak punya kayak. Jumpa budak yang aku selalu nampak kat surau perpustakaan aku. Fatin dan Raihana. Pelajar tahun satu, fakulti pertanian. lakalakalaaka.. Gambar yang kat atas tu, Ing Ing dengan Engku. Ing Ing berdarah campuaran. Siam dengan Cina. Jadi la CIAM. hahaha.. Dan Engku pulak, kawan kepada kawan Ehsan. hahaha.. What a small world. Ini juga salah satu cara aku nak kenal dengan orang lain. Cakap punya cakap  punya cakap dengan budak-budak kayak, diorang ajak join hiking kat Bukit Tabur! OH MY ALLAH!! Tempat yang aku nak panjat sangat! Pucuk dicita, Bukit Tabur yang datang. Oh! Sungguh tak sabar!!

Dan hari ni, ada aktiviti kat kolej. Dari pagi sampai petang. Penat la juga. Aku join masak-masak kat dapur. hahha.. Dapat la rasa masak makanan untuk 100++ orang. Kebetulan, ketua dapurnya, anak tokey katering. Wah!!! Kelas kau Kak Ton! Aku dapat resepi nak buat ayam masak merah, dan sayur campur. Nak cerita jugak ni. Masa aku kat dapur, dok syok tengok bawang kena tumis, ada la seorang junior ni. Sebenarnya dia sebaya dengan aku. Aku tengok cara dia masak, memang cara orang yang selalu tolong mak dekat dapur. Aku jadi curiga. Sebab aku pantang sikit kalau lelaki lebih tahu kerja-kerja yang perempuan selalu buat. Tercabar kejantanan aku tau! Jadi, begini ceritanya:

Aku: eh, memang selalu masuk dapur tolong mak masak ke?

He: Haah. Selalu la jugak.

Aku: Adik beradik semua perempuan ke?

He: Tak la. Semua lelaki.

Hamekk kau! Hebat tak hebat. Lelaki pandai masak ialah lelaki yang seksi. Ada la lagi ciri-ciri lelaki yang boleh buat aku sebagai kaum hawa ni merasakan lelaki itu seksi Dan sungguh la aku tak jemu tengok kaum Adam masak. Macam hari ni, aras aku yang masuk pertandingan Masterchef semua lelaki. Siap bawak pinggan untuk decoration lagi. Mintak kat emak katanya. Wah! presentation diorang jangan cakap la. MELETOP! Haisy!! Tercabar aku!


Dear-my-future-husband,
Kalau awak nak tahu Saya boleh masak ke tak, pandai masak ke tidak, sedap ke tak masak, boleh la tanya mak saya. Kalau mak saya kata tak pandai, awak terima la. Sebab mak saya lebih tahu saya dari awak.



Dear-my-future-husband,
Saya memang tak akan dapat masak sama macam mak awak masak. Rasa masakan saya lain, masakan mak awak lain.Tapi saya boleh belajar. Itu puun kalau mak awak tak kedekut ilmu. HAHAHHAHA. Tapi rata-rata orang yang dah kawin cakap, kalau kita tak tahu nak masak, nanti bila kawin, automatik kita akan tahu masak. Harap awak tak kisah. Tapi kan, kalau awak tahu masak pun, kira hebat jugak la.Eh, awak tak hebat tapi awak seksi. Serius.








Monday, November 4, 2013

Aktiviti Hujung Minggu: Home sweet home!

5 November 2013



Assalamualaikum.

Hi blog.

Waktu yang paling aku suka nak datang adalah hari jumaat. Sebab itu adalah hari terakhir untuk kuliah. DAn yang paling best adalah CUTI PANJANG!!



Cuti untuk deepavali dan Awal Muharam.

Hari sabtu, aku pergi rumah maksu. Nak tengok final Super Spontan. Semata-mata. Takde la semata-mata. Saja lepak-lepak rumah maksu. For bonding time. Lama tak buat bising, tak  buat kecoh, tak buat sepah kat rumah maksu.

Hari Ahad, kat rumah!! Dan tiada apa perasaan yang lebih AWESOME bila dengan orang-orang yang kita sayang. Betul tak? Gelak mengilai-ngila, gurau sana sini.

Dan yang paling best, JANGAN MAIN CANDY CRUSH AKU!! Fenomena candy crush melanda rumah aku. haila. Tapi bagus jugak candy crush tuh buat life-recover lama. Untuk elakkan ketagihan.









Dear Allah, the only thing I ask of you,
Is to hold all persons that I love when I am not around,
When I much too far away.

by: Avenged Sevenfold, Dear God.




Salam Awal Muharram.







Wednesday, October 30, 2013

Aktiviti hujung minggu: This is how I released my stress

Assalamualaikum.

Hi blog.

Kita ketepikan dulu soal projek tahun akhir. Sekarang masa untuk aku cerita benda yang awesome.. *hehehe*

Kalau aku stress, tertekan, pressure, satu ja benda aku nak buat untuk 'lepas geram'.

Keluarkan peluh.

Biar jantung aku berdegup laju. Biar hormon stress aku bebas dan hilang. Biar otot-otot aku rasa 'berguna'.



Main kayak secara solo. Dayung laju-laju sampai tangan rasa kebas. Lepak kat tengah tasik UPM, sambil mendongak ke langit biru. Bila lagi dapat buat macam ni.. Masa ada tawaran untuk buat kayak ni la kena ambil kesempatan. Bila lagi ada tawaran pakej macam ni. Rugi woi woi woi!

Aha! Part ni paling lemah lutut. Walaupun ada tali keselamatan, tapi mana la tau kalau Allah kata jatuh, kita pun jatuh la kan.  

Flying fox!! Boleh pulak masa nak turun, tersekat kat pokok. Itu tandanya, aku dah gemuk. Samjay?


Semua yang aku main tu, dekat Bukit Ekspo, UPM. Selalunya aktiviti-aktiviti macam ini diorang buat kalau ada majlis-majlis besar. Dan aku pilih pakej. Semua yang aku main itu hari RM13. Kira murah la kalau main satu game. Rugi.

Semua aktiviti-aktiviti yang aku buat ni sempena Pesta Konvokesyen UPM ke-37 yang berlangsung selama 5 hari.

Tahun depan, ke-38 pulak.




Cepat la habisssssss........



Friday, October 18, 2013

Aktiviti Hujung Minggu: 5 Broken Cameras

Assalamualaikum.

Hi blog.


Di pagi Sabtu yang indah, pada pukul 7.04 pagi mengikut jam di lap top aku, aku duduk menaip untuk entri di blog. Aku tak tahu macam mana nak betulkan tarikh dan masa kat blog ni.. Alaaahai!!



5 hari  bergelumang dengan nota-nota kuliah, jurnal-jurnal untuk di baca, buku-buku untuk ditelaah, aci la kan kalau aku buat satu hari adalah hari tanpa nota kuliah, jurnal, dan buku. Aci la kannn.. Kasi badan rehat, kasi otak rehat, kasi mata rehat, kasi semua rehat. Macam hari tu, mata aku 'protes'. Taknak buka dan gatal. Nak tak nak, kena la juga aku tidur beberapa jam. Kesian mata aku.



Jadinya, semalam, masa tengah hujan sampai ke malam tu, aku tengok cerita 5 Broken Cameras. Aku beli masa dalam perjalanan aku balik ke rumah untuk Hari Raya Aidil Adha hari tu. Aku singgah KL Central kejap. Mulanya aku nak tanya kat uncle tu, ada tak jual CD cerita Good Doctor yang aku dengan Iwan gila-gila kan tu. Cerita di Astro, saluran 391 *kalau tak silap* Memang hajat nak beli CD tu. Sebab aku tak nak tengok kat Youtube kat kolej yang-super-duper-lam-mim-ba-ba tu. Di sebabkan tak da stok, aku  pun belek-belek la CD lain. Ada CD qasidah si Sharifah Qasif, ada CD Hafiz Hamidun, ada CD lagu-lagu keagamaan India, banyak la jugak yang aku boleh dapat kat sana. Kecuali SIDI ORAZA. hahaha.. Lawak tak lawak tak?? Aku tanya:


aku: Uncle, CD lagu XPDC versi unmetal punya ada tak?


Uncle: *fikir kejap* itu international band ka adik??


aku: eh bukan uncle. Itu local band. Unmetal album tu diorang rekod balik lagu-lagu lama diorang but they changed the arrangement of the songs supaya tak metal.


Uncle: ohh.. Takda la adik. Tapi kalau you nak, you boleh email dekat saya and then saya kasi cari. I think the Warner tak release lagi la itu CD. 




Ok. Kalau anda anda dan anda nak cari kedai CD, boleh la datang kat kedai uncle tu yang terletak di dalam KL Central, sekitar kawasan yang ada YES! store, dan Touch 'n' Go store. Itu landmark yang paling signifikan aku bagi.



Sambung cerita. 



5 Broken Cameras adalah cerita berkisarkan kisah benar yang berlaku di perkampungan kecil yang bernama Bil'in, Palestin. Pada mulanya, ia digunakan untuk merakam kisah anak bongsu En. Emad (pekebun) yang baru di lahirkan. Selain dari merakam aksi anak kecilnya itu, En Emad turut merakam aktiviti-aktiviti yang berlaku di kawasan tempat tinggal yang  pada waktu itu dirampas oleh ISRAEL dengan menggunakan 5 biji kameranya. Setiap kamera mempunyai cerita dan kisah yang berjaya di rakam sebelum ianya rosak akibat tembakan askar ISRAEL. Sepanjang 5 tahun *kalau tak silap aku* En Emad berjaya merakamkan pelbagai kisah hidup dan penderitaan penduduk di Bil'in. En Emad juga pernah di tahan dengan alasan beliau telah membuat rakaman video (ceh! penakut betul Israel). 


Cerita ini memang berbaloi untuk di tonton. Sumpah tak tipu. Tapi janji dengan aku, jangan nangis. Sebab penduduk-penduduk dekat kawasan Bil'in itu lebih kuat dari kau.


Apa yang aku dapat lihat dalam cerita ini:


(1) Israel(yang celaka) menggunakan undang-undang mereka di tanah Palestin untuk merampas tanah penduduk Palestin. 

(2) 4 orang askar Israel(yang celaka) lawan dengan  seorang penduduk Bil'in.
(3) Askar Israel(yang celaka) yang lengkap dengan senjata api menyerang penduduk-penduduk dan aktivis-aktivis keamanan yang tidak bersentaja.
(4) Askar Israel(yang celaka) menangkap kanak-kanak pada malam hari.
(5) Askar Israel membakar pokok zaitun penduduk Bil'in.
(6) Bendera takkan lepas dari tangan dan takkan dibiarkan jatuh ke tanah.


Banyak lagi benda yang korang boleh tengok dalam cerita ni. Tak dinafikan, aku tak menyesal beli CD ni. Walaupun pada masa tu, ada cerita lain yang memang aku nak beli. Siapa nak pinjam kat aku pun boleh. Kasi email kat komen. 



gambar untuk cover CD.






real scene yang ada dalam cerita ini.



nantikan. bila kita dah ada anakkan. pernah fikir tak anak kita tanya:

anak: ibu, masa palestine, syria, dengan mesir kena serang, ibu hidup lagi kan?

ibu: haah. ibu kan lahir tahun 1991.

anak: tapi masa tu, ibu buat apa ea untuk tolong diorang?

ibu: *terkedu sambil cari handphone. nak call husband.*