Wednesday, December 19, 2012

lepak 2 jam

19 disember 2012

assalamualaikum.

aku catatkan di laman blog, khusus buat aku, sang pelupa.
dan mungkin juga buat kamu, si pelupa.

----------------------------------------------

semalam, lepas kelas malam, aku balik macam biasa.

dan dalam perjalanan, aku  bersembang dengan seorang yang sebaya.

tentang hal peribadi, kawan-kawan, keluarga dan masa depan.

tapi, aku lebih tertarik dengan hal keluarga dan masa depan.

bila aku dan dia bercerita, dari satu tajuk ke tajuk yang lain, tanpa tahu di mana connection pointnya.

ya, kira lompat dari satu tajuk ke tajuk yang lain. sudah habis, di sambung yang lain..


dan ternyata.
aku kira, aku patut bersyukur punya keluarga.
ya.
aku bahagia sampai hari ini.

*dan aku harap ia berpanjangan*

apa kau rasa sungguh bertuah kalau tidak mempunyai orang tua?
ya. orang tua yang kau sangka membataskan segalanya.
orang tua yang terikat dengan pantang larangnya.
orang tua yang sentiasa di patuhi arahannya.

ya.
itu orang tua.

kisah kakak yang tidak mempunyai orang tua.

perempuan tunggal dalam keluarga.
aku tertanya, dari mana datangnya semangat?
semangat untuk teruskan hidup,
tanpa tempat bermanja bernama
orang tua.


aduh!
simpati aku.

kakak itu tak suka simpati orang.
biar dia dan adik-adik susah senang,
bersama.
jangan renggang.
kakak itu pesan, 
dan peringatan itu mereka pegang.


kakak itu kata,
dia bersyukur.
kerana walaupun tiada,
orang tua,
Allah telah menetapkan jalan bahagia,
buat kakak dan adinda-adindanya.

----------------------------------------------

sayangi keluarga anda.

tajuk lagu: permata ayah bonda
kumpulan: firdaus



2 comments:

Unknown said...

lama xdtg blog imah.. :)

imah said...

its ok.. saya pun tak blogwalk pun. sangat jarang.

hope you`ll doing great.