Thursday, December 27, 2012

nikmat makan pakai tangan.

27 disember 2012

assalamualaikum.

aku nih, semendang makan pakai sudu. kat rumah pun. jarang la pakai tangan. 

bukan aku berlagak-kerek-sombong.

bukan bukan bukan. tak tak tak.

tapi aku ada masalah. selalu tempat makan tak di sediakan sabun basuh tangan. 

plus, aku  nih kulit tangan sensitif dengan cabai,cili dan seangkatan dengannya.
cepat sangat pijar.

but then,  hari ni, lunch kat kafe. macam bese la lauk aku. nasik separuh. kalau rasa tak nak berat sangat, mintak nasik suku ja. then, sayur.. itu wajib. dan ikan.kuah sup.  atau tempe. oh! paling favourite aku tempe! hahaha.. hidup jawa! oh! selalu ja aku makan kena RM1.50.. itu lunch. sila percaya. aku memang bukan kaki makan-makan punya orang.

dan, ikan yang aku  makan, ikan talapia! woaho!! sedap giler-kentang! tetiba aku rasa nikmatnya makan pakai tangan, kunyah la isi-isi ikan yang rangup sambil bunyi krunch-krunch-krunch.. dengan tulang-tulang aku telan.takde la semua tulang.. kang kojol pulak aku sebab tercekik.. tinggal kepala ja la pun..

pergh!

heaven.

No comments: