Monday, February 25, 2013

Aktiviti Hujung Minggu: Solat dan Selawat Tour '13

25 Februari 2013

Assalamualaikum.

Hi blog!

event yang aku join masa minggu lepas. 

macam mana tergerak  join??

hurmm macam mana ea?

mak aku ngan aku tengah lepak depan TV di suatu pagi. Bukak la TV. Assalamualaikum.

mak: dulu ustazah ajar solat macam mana?

pung pang pung pang.

aku terus daftar online.

sebab aku rasa rugi. kalau tak join benda yang macam nih. and of course la tukang bagi ilmunya bukan calang-calang orang. tapi, niat kena betul tau! oh! aku pegi macam biasa, sorang. aku niat siapa-siapa yang duduk sebelah aku, jadi kawan. 

jadinya, aku jumpa dengan makcik jamilah. aku duduk dari awal sampai akhir dengan dia. makan tengah hari pun bersama, pegi toilet pun bersama, solat jemaah pun duduk sebelah sebelah.. sweeet kan?? dah rasa macam anak dengan mak pulak.. hahahaha. bila dah abis program, aku tolong hantar makcik jamilah balik.. kesian, hujan. makcik jamilah nak naik bas. fobia bawa kereta katanya. xpe la makcik.




macam-macam ilmu dapat. sumpah tak tipu. serius betul. ini bukan main-main. ini bukan cobaan. rasa tak cukup. nak pegi lagi. sebab benda baru. benda yang kita terlepas pandang. selalunya la kita terlepas pandang. yes. betul.

tips-tips pun banyak jugak. tips rumah tangga. tips cari menantu. 

berbaloi. sungguh.

Diorang nih akan buat kat beberapa negeri. setakat nih dah abis kat KL dan Putrajaya. boleh la kalau nak join, kalo diorang datang area-area rumah anda-anda-anda, join la. ilmu penting wooo!

NOW, HEADING TO MELAKA ^^

limit 200 orang ja tau! siapa cepat, dia dapat.

korang boleh cari kat FB. dengan KATA KUNCI : KUISCELL *like*



p/s: nanti kalau aku da masa, aku update notes masa tu. hehehehe.*



No comments: