Friday, March 29, 2013

Aktiviti Hujung Minggu: EIGTEK'13 Part2

30 MAC 2012

ASSALAMUALAIKUM!

apa khabar semua eeee??

done with the tests yang-macam-final-exam lagaknya. huh?! memang berlagak.
sampai stress aku dibuatnya. mak ajak balik, xnak. maksu ajak datang rumah pun xnak.

nampak tak efek tests macam mana??
macam harun.

anyway anyhooo~~ lets continue le journey of  EIGTEK'13.


harusla lepak-lepak dulu sebelum basah-basah di dalam gua.. waktu operasi gua tempurung pada pukul 10am. even start pukul 10am, staf-staf datang awal untuk kemas-kemas kawasan gua. Abang Ranjer turut bertidak sebagai tukang sapu. multitasking.



#sebahagian daripada coursemate aku. kita ada mia,insyi, che su, wani, jo,anip, adham,sharul,weda,anis,miwa,nyol and nisa in the house. oh! seorang junior lelaki ja yang join kami. budak lelaki lain study dalam bilik. *sarcm*



#this is le beautiful young ladiesss.. meine juniors.. ahli kumpulan yang sporting tahap gigabite turut mempengaruhi mood anda di dalam eksplorasi ini. thanks juniors!


#naaaaaa! this is the adventureous part. kitorang amik pakej yang paling last sekali which was package 4. pakej mencabar bak hanq! masuk air, keluar air, panjat bukit, turun bukit masuk air.. pergh pergh pergh!! memang mencabar.. sesiapa yang ada masalah kesihatan seperti asma, tidak di galakkan masuk.. sebab ape? aktiviti masuk air itu sendiri sudah mencabar. kau kena buat combat dalam air sebab bentuk fizikal gua yang semulajadi. aku tersepak kepala kawan aku. sampai sekarang kepala dia weng! hahaha. xde la weng pun. perjalanan yang mengabil masa hampir 3 - 4 jam.. kau takkan rasa lama.. serius. yang kau rasa, excited. kat dalam tuh, first time kau jumpa batu jed putih seputih-putih melati. licin bak hanq! you can touch and feel it with your bare hand. ada air embun. and it can be drink. ape lagi?? sememangnya bentuk di dalam gua itu sendiri.. first time masuk gua. even batu caves pun xpenah masuk. sangat speechless.. jakun pun ada jugak. dah 22 tahun baru dapat rasa gua. tak kesian ke namanya - -'





those the pics yang aku larat nak edit, which tutup aurat-aurat.. 


so, i`ve some tips to share with you guys if you want to go here:


1) PAKAIAN.

OK. this is based on true story that happened to us. anda di sarankan supaya memakai baju muslimah . bagi wanita. sebab ape? aktiviti air.  tau la kan kalau dah basah-basah. ape je yang kering? none. next,  seluar. adalah lebih baik anda memakai seluar yang tahan lasak. tracksuit tak menjamin ketahanan daya  seret yang akan anda hadapi. akku rasa paling sesuai   pakai  seluar yang nak masuk hutan tuh. seluar ala-ala askar. sebab ape? sebab  kalau nasib anda kurang baik, seluar anda akan koyak rabak di bahagian PUNGKok paling utama atau sewaktu dengannya.. harus diingatkan, kawasan yang terkoyak itu bukan kecil, tetapi BESAR! tudung kalau boleh xpayah la nak selendang ke, ariani -pendek ke, shawl ke,  tudung selempang ke, xpayah xpayah xpayah. pakai tudung, pastu  lepaskan xpayah selempang. to covers that area girls. 

2) KASUT.

xpayah la nak berangan pakai NIKE, ADIDAS segala macam kasut. senang cite, tak payah pakai kasut mahal-mahal. sebab ape? sebab kita kan nak masuk dalam air..  pakai KASUT GETAH ja senang. masa aku, banyak jugak la tapak kasut kawan-kawan aku yang tercabut. ha! kan dah rosak, xboleh guna lagi.. jadinya, kasut getah nak pegi toreh getah adalah yang terbaik kerana, kalis air, kalis maki, ringan dan murah. oh ia juga cepat kering.

3)HEADLIGHT

alat yang paling sesuai. torchlight bukan xboleh. boleh. tapi susahkan diri ja nanti. kalau nak buat combat, kena pegang pakai mulut. abis kalo hidung kau dah masuk air nak bernafas pakai ape? pastu torchlight kalao masuk air, dah tak hidup.  - -' 

4) GLOVES.

it depends la. kalau nak bawak pun boleh xnak bawak pun boleh .. lagi pun ada air sungai kalau nak cuci-cuci pun.

5)AIR DAN ENERGY BAR.

OK. THIS IS SERIOUS. kalau yang tak sempat nak breakfast, pastikan ada energy bar dalam simpanan anda. paling busuk pun cloud 9  yang satu , 50sen kalau kat petronas tuh. jangan bawak satu ja. bawak la dalam sepuluh. banyak tak pe.. iin case of emergency.  air kalau bawak satu botol xpe. boleh refill pakai air sungai yang ada. air embun pun ada.  depends kalau nak bawak  air isotonik  or mineral water. red bull ke kacip ali ke kacip patimah ke. as for me, mineral water la. and please, do not litter ok! save our nature!

6) UBAT-UBATAN.

depends jugak . minyak angin ke minyak gamat ke.

7) BEG.

DISARANKAN SUPAYA MEMBAWA BAGPACK DAN BUKAN SLINGBAG. hello! kita nak masuk gua ok bukan nak pegi shopping. haruslah beg yang kalis air. sebab senang kalau yang bawak gadjet, tak risau sangat. iye la nak buat amek gambar kan.

8) EXTRA CLOTH AND SO ON.

I think that`s all kot  tips yang boleh share.sebab itu ja yang aku ingat. fell free to google to know more the do`s and don`t. 

to be continued for the next cave bebeh!

No comments: