Monday, May 13, 2013

kelas fizik, tapiiii...

assalamualaikum.

hi blog!

    officially habis test 2. alhamdulillah, sebelum exam aku tertido sampai maghrib. penat. cuba bayangkan, kau tengah mimpi ada conflict ntah dengan sapa-sapa pastu kau macam terkena kejutan letrik megawatt punya besor, terus terjaga! nasib baik tak sakit kepala.

tapi bukan itu yang aku nak share. 

    student life aku bukannya best pun, bukannya menarik mana pun, setakat waktu ini. tambahan aku bukan seorang yang cuba menarik sesiapa . eh? apakah? tak tak tak.. cuma nak cakap, aku nak share cerita yang mostly happened around me. itu ja. 

dan pagi tadi, sewaktu kelas fizik dua, yang kalau aku masuk kelas, skrin putih yang penuh dengan slide tuh, aku boleh ubah, dengan makanan yang menarik untuk santapan tengah hari.. hahahaha.. menarik bukan? anda cuma bermain dengan daya imaginasi. bayangkan sesuatu, dan pancarkan ia ke skrin putih .. hahahaha.. aku la tu..


dan dan dan.. masa tengah lecture, kawan aku tanya:

she: eh batek, kau pandai masak tak?

me: ape takrifan kau "pandai masak" tu?

she: ala.. hurmm.. macam mana ea??

me: kalau ikut aku, "pandai masak" dan "reti masak" adalah dua perkara yang berbeza.


lepas tuh toleh kat skrin putih. diam. sebelum sambung balik sambil berbisik:


me: kalau ikut aku "pandai masak" tu, kau boleh masak apa ja, anything, everything, kira main campak-campak tup! terus jadi. sedap plak tuh.

she: *angguk-angguk sambil tangan catit "nota". coverline*

me: dan kalau "reti masak" tu,  boleh la masuk dapur tanpa pecahkan apa-apa barang. boleh bezakan daun kucai dengan daun bawang, cili api dengan lada merah, serbuk kari dengan serbuk kunyit. masak gitu-gitu ja. ha gitu. 

she: kau punya part dalam ape?

me: "reti masak."


masak pakai hati,
jangan lupa selawat nabi,
dari beras jadi nasi,
untuk santapan satu famili.

by: hasmahjani


p/s: mostly gua belajar masak bukan dengan mak gua. sebab gua taknak la masakan gua berbau "air tangan emak". maksudnya, lauk yang aku masak sama rasa dengan mak. biar orang makan, " eh, ni bukan mak masak ni. kak imah masak kannnnnnn?" kelas gituuuu ^^v

No comments: