Friday, June 28, 2013

report card dan jiwa kelajuan

assalamualaikum

hi blog!!


* sila baca sambil bukak lagu jiwa kelajuan by HUJAN * 


hari ini memang hari report card sedunia ke hape sampai sekolah kebangsaan and sekolah agama pun buat serentak..

siapa yang jadi mangsa??

aku.. a-ku..

takde la terkejar-kejar.. tapi penat jugak la duduk atas motor. nak elak jem punya pasal, naik motor.

first time amik report card untuk adik gua. si uda. darjah 5. separuh hati gua pergi. sebab bapak gua busy. jadi, gua ganti. konon jadi kakak-mithali.

mithali konon. mi-tali ada la!

FYI, aku steady ja bawak motor. nak-nak masa jem tengah KL ni kan.. kena main cilok-cilok. sekali salah cilok.

BAM!

gua terlanggar bumper MYvi putih-dipandu-oleh-mamat-berkulit-putih-bermata-sepet.

gua jatuh. eh bukan. gua separuh jatuh. sempat tahan pakai kaki.

gua cuak. gua tengok bumper rasanya xde pape. calar pun tak. 

so, gua say sorry to the driver.

gua blah la tunggu ape lagi.

tapi kan. 

sakit tangan kiri gua menahan impak motor dari jatuh. 

cuak kejap. gua called mak gua.

mak: pok pek pok pek boleh balik tak ni?? bawak la slow-slow. tak lari rumahnya nak terkejar-kejar.

me: hmmmm... hummmm *angguk-sambil-menahan-telinga*

ye la.. dah gua salah. gua pun tak tahu macam mana boleh jatuh. tak bawak laju pun.. 50 -70.. syukur alhamdulillah la tak de kereta dari belakang langgar gua. kalau takkkkkkkk *sambung sendiri*

lepas dah abis sekolah kebangsaan and sekolah agama adik aku, balik tuh, terus tidoq! 

sakit.

sekarang pun rasa lagi. rasa macam urat gua dipendekkan. tangan tak boleh angkat tinggi.

bapak?

mesti la tahuuuuu..

dan semestinya gua dibebel.


p/s: hati-hati di jalan raya.. untuk gua jugak.  =( sakit.

p/s/s: makcik tukang urut plak busy. aigooo~~~ kena tahan sakit la gamaknya..

p/s/s/s: mak and gua = JDT, bapak gua = kelantan. may the best man win. hehehe 



No comments: