Tuesday, July 9, 2013

terawih dan tadarus

assalamualaikum.

hi blog!!

alhamdulillah. syukur. dah 1 ramadhan. aku harap bos setiap minggu amik emergency leave. sebab takde perasaan yang paling awesome rasanya kalau bos takde kat office. ke memang ada yang suka bos duduk kat office?? 

jadinya, semalam dah mula kita terawih. aku buat kat surau saja sebab dekat dan aku malas nak rushing drive-sambil-kejar-imam-nak-solat-isyak. harapnya tak lompong la terawih aku sebab penat kerja. kalau sebab lain boleh la terima.

dan pertama kalinya sepanjang aku 22 tahun nih, join tadarus. aku geng dengan makcik-makcik surau. ok what! orang lama tu! kilauan emas bahasa internationalnya. aku suka makcik leha baca. bila dia betulkan kesalahan, lembut ja teguran.


makcik leha: panjangkan sikit. itu mad asli.

meremang bulu roma aku. lembutnya tak payah cakap la. aku rasa macam nak buat jadi mak mertua!

seronok!

harap 'seronok' itu membawa sampai ke akhir ya imahhhhhh.

lepas abis tadarus, siang ikan untuk sahur. lepas tuh terus tidur macam bayi.

moga ramadhan ini,
upgrade dari tahun-tahun lepas,
lebih menghayati,
lebih memahami,
lebih memenuhi,
lebih mensyukuri.

ich liebe dich, ramadhan.

2 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

salam ramadhan, happy fasting :)

imah said...

thanks din! same goes to you ^^v