Friday, August 23, 2013

rumah terbuka mengejut.

assalamualaikum.

hi blog!!. sekarang pukul 2.47 pagi. ikut jam laptop aku.

aku minta maaf sebab aku sibuk sikit nak siapkan report untuk  di hantar ke supervisor aku.

baiklah. entri ini sedikit macam my-so-called-random, tak jugak. aku anggap ia sebagai satu kes dalam kepala otak aku yang patut aku fikirkan jugak. faham setakat ni?

begini ceritanya. hari ini, aku dan kawan-kawan menghadiri rumah terbuka salah seorang kawan sekolah menengah. datang kawan aku, perempuan. kami tanya, katanya datang dengan seorang lagi kawan lelaki kami. dia kata, kawan lelaki itu terus balik rumah dan hanya meminta kawan itu hantar sahaja dia di rumah terbuka itu. ok, faham tak setakat ini anak-anak?


baiklah kita sambung. kami bertanya, mengapa jadi begitu? kawan perempuan itu menjawab, mak budak lelaki itu nampak yang mereka menaiki satu kereta. kawan perempuan itu bercakap lagi, emak budak lelaki itu  selalu melihat anaknya keluar rumah dari tingkat atas. kami mengangguk. selepas sesi cerita pung-pang-pung-pang, kawan lelaki lain berkata, emaknya memang begitu. selalu sorok kunci motor dan kereta. kalau di sorok ke dua-duanya, kawan lelaki itu akan berjalan kaki. dia juga berkata, mamanya tidak akan buat begitu, tetapi mamanya hanya meninggalkan pesan, kalau kamu masuk penjara, mama tidak akan datang tengok. 

terdiam aku, sambil berfikir sejenak. memang ada pelbagai cara ibu bapa gunakan untuk mendidik anak. mungkin bagi sesetengah orang, cara itu hanya mengongkong anak-anak, menyekat kebebasan mereka. tetapi, ketahuilah anak-anak sekalian, ibu bapa hanya ingin menjaga kamu. 

macam mana agaknya nanti, bila aku sudah punya anak? 


wahai bakal anak-anak ibu,
sesungguhnya, pada umur 22 tahun ini, ibu kamu ni, 
sedang mencari formula untuk mendidik kamu.
kerana kamu harus tahu.
ibu kamu ini sangat yakin.
pada zaman kamu,
mendidik anak-anak adalah salah satu perkara yang paling mencabar dalam hidup.
ibu kamu sedang membaca dan belajar.
dari pemerhatian dan juga dari pengalaman.
kerana ibu bukan sahaja mahu menjadi ibu kamu,
tetapi ibu  mahu menjadi kawan karib kamu.

ikhlas,
hasmahjani (ibu).

bila aku selit pasal masa depan ni, mesti korang fikir, ni mesti tak lama lagi nak nikah la ni, sebab tu entri berbau family-story. HELLO! cer cakap sikit kat aku,ada ke orang yang tak nak nikah? duuuhh~~~~

No comments: