Friday, October 18, 2013

Aktiviti Hujung Minggu: 5 Broken Cameras

Assalamualaikum.

Hi blog.


Di pagi Sabtu yang indah, pada pukul 7.04 pagi mengikut jam di lap top aku, aku duduk menaip untuk entri di blog. Aku tak tahu macam mana nak betulkan tarikh dan masa kat blog ni.. Alaaahai!!



5 hari  bergelumang dengan nota-nota kuliah, jurnal-jurnal untuk di baca, buku-buku untuk ditelaah, aci la kan kalau aku buat satu hari adalah hari tanpa nota kuliah, jurnal, dan buku. Aci la kannn.. Kasi badan rehat, kasi otak rehat, kasi mata rehat, kasi semua rehat. Macam hari tu, mata aku 'protes'. Taknak buka dan gatal. Nak tak nak, kena la juga aku tidur beberapa jam. Kesian mata aku.



Jadinya, semalam, masa tengah hujan sampai ke malam tu, aku tengok cerita 5 Broken Cameras. Aku beli masa dalam perjalanan aku balik ke rumah untuk Hari Raya Aidil Adha hari tu. Aku singgah KL Central kejap. Mulanya aku nak tanya kat uncle tu, ada tak jual CD cerita Good Doctor yang aku dengan Iwan gila-gila kan tu. Cerita di Astro, saluran 391 *kalau tak silap* Memang hajat nak beli CD tu. Sebab aku tak nak tengok kat Youtube kat kolej yang-super-duper-lam-mim-ba-ba tu. Di sebabkan tak da stok, aku  pun belek-belek la CD lain. Ada CD qasidah si Sharifah Qasif, ada CD Hafiz Hamidun, ada CD lagu-lagu keagamaan India, banyak la jugak yang aku boleh dapat kat sana. Kecuali SIDI ORAZA. hahaha.. Lawak tak lawak tak?? Aku tanya:


aku: Uncle, CD lagu XPDC versi unmetal punya ada tak?


Uncle: *fikir kejap* itu international band ka adik??


aku: eh bukan uncle. Itu local band. Unmetal album tu diorang rekod balik lagu-lagu lama diorang but they changed the arrangement of the songs supaya tak metal.


Uncle: ohh.. Takda la adik. Tapi kalau you nak, you boleh email dekat saya and then saya kasi cari. I think the Warner tak release lagi la itu CD. 




Ok. Kalau anda anda dan anda nak cari kedai CD, boleh la datang kat kedai uncle tu yang terletak di dalam KL Central, sekitar kawasan yang ada YES! store, dan Touch 'n' Go store. Itu landmark yang paling signifikan aku bagi.



Sambung cerita. 



5 Broken Cameras adalah cerita berkisarkan kisah benar yang berlaku di perkampungan kecil yang bernama Bil'in, Palestin. Pada mulanya, ia digunakan untuk merakam kisah anak bongsu En. Emad (pekebun) yang baru di lahirkan. Selain dari merakam aksi anak kecilnya itu, En Emad turut merakam aktiviti-aktiviti yang berlaku di kawasan tempat tinggal yang  pada waktu itu dirampas oleh ISRAEL dengan menggunakan 5 biji kameranya. Setiap kamera mempunyai cerita dan kisah yang berjaya di rakam sebelum ianya rosak akibat tembakan askar ISRAEL. Sepanjang 5 tahun *kalau tak silap aku* En Emad berjaya merakamkan pelbagai kisah hidup dan penderitaan penduduk di Bil'in. En Emad juga pernah di tahan dengan alasan beliau telah membuat rakaman video (ceh! penakut betul Israel). 


Cerita ini memang berbaloi untuk di tonton. Sumpah tak tipu. Tapi janji dengan aku, jangan nangis. Sebab penduduk-penduduk dekat kawasan Bil'in itu lebih kuat dari kau.


Apa yang aku dapat lihat dalam cerita ini:


(1) Israel(yang celaka) menggunakan undang-undang mereka di tanah Palestin untuk merampas tanah penduduk Palestin. 

(2) 4 orang askar Israel(yang celaka) lawan dengan  seorang penduduk Bil'in.
(3) Askar Israel(yang celaka) yang lengkap dengan senjata api menyerang penduduk-penduduk dan aktivis-aktivis keamanan yang tidak bersentaja.
(4) Askar Israel(yang celaka) menangkap kanak-kanak pada malam hari.
(5) Askar Israel membakar pokok zaitun penduduk Bil'in.
(6) Bendera takkan lepas dari tangan dan takkan dibiarkan jatuh ke tanah.


Banyak lagi benda yang korang boleh tengok dalam cerita ni. Tak dinafikan, aku tak menyesal beli CD ni. Walaupun pada masa tu, ada cerita lain yang memang aku nak beli. Siapa nak pinjam kat aku pun boleh. Kasi email kat komen. 



gambar untuk cover CD.






real scene yang ada dalam cerita ini.



nantikan. bila kita dah ada anakkan. pernah fikir tak anak kita tanya:

anak: ibu, masa palestine, syria, dengan mesir kena serang, ibu hidup lagi kan?

ibu: haah. ibu kan lahir tahun 1991.

anak: tapi masa tu, ibu buat apa ea untuk tolong diorang?

ibu: *terkedu sambil cari handphone. nak call husband.*








No comments: