Friday, November 8, 2013

Orang Bongkak

Assalamualaikum.

Hi blog.

Hidup ni der, jangan suka nak lekehkan orang lain. Walau kau pangkat tinggi sekalipun. Jangan la nak bongkak mendabik dada macam-kau-sorang-yang-power. macam-kau-sorang-ja-yang-terror.


Hidup ni der, susah nak cari orang yang tak mata duitan. Susah nak cari orang yang tak materialistik. Susah nak cari orang yang nak hidup susah. Semua orang nak hidup senang ye dak? Ada ke orang yang nak hidup susah? kalau aku pun, aku tak nak bro. 



Tapi tak payah la sampai nak lekehkan orang lain. Sekurang-kurangnya dia berusaha atas peluh sendiri. Bukan macam orang lain. Merengek sikit, dapat. Ugut sikit, dapat. Selagi benda yang di usahakan itu halal, xde hal punya.



Kau siapa nak tentukan penjual burger tepi jalan tak de masa depan? Kau siapa nak tentukan penjual lembu takde masa depan? Kau siapa nak tentukan peniaga pasar malam  takde masa depan? Kau siapa nak tentukan jual ayam takde masa depan? Dan kau siapa nak tentukan gelap dan terangnya masa depan orang lain. Kau seorang manusia sahaja, kawan. Bezanya hidup dia dengan hidup kau, tak de slip gaji. 


Siapa kata takde slip gaji tak boleh hidup? Nak kena Lempang?

Nak aku cerita kisah benar? 

Boleh ja.

Bos kawan aku. Buka burger tepi jalan. Dekat LRT Universiti. Ada BMW sebijik, isteri lawa, ada ijazah. Amacam?

Itu baru seorang.

Bapak aku punya kawan. Jual lembu ja pun. Dah naik haji. Kau?


Ha. Senang cerita, hidup kat dunia ni der, atas bumi Allah ni der, jangan nak mendongak langit sangat. Jangan nak kembang dada sangat. Kena lempang kang. Boleh ja nikmat ditarik sekelip mata.



Gua ada kawan. Memang gangster habis.

She: Kalau You kaya sangat, belilah cinta I.


Ayat paling power untuk orang yang suka tunjuk lagak macam harta dia banyak sangat. Padahal harta mak bapak. Lepas tu paksa-paksa bercinta dengan dia. Ceh! Apa pun tak boleh.

Kalau orang dah tak nak, diam-diam, MOVE ON.




Ikutlah seperti resminya padi,
Semakin berisi tunduk ke Bumi,
Semakin berilmu merendah diri,
Itu sifat yang terpuji.

By: Rabbani, Epilog Budi.



p/s: Rabbani is one of bapak's favourite group. Masa kecik-kecik bapak selalu pasang lagu-lagu Rabbani. Masa kecik-kecik tak tahu pun maksud liriknya. Dah besar-besar ni, haila, buat nangis ja. 





No comments: