Minta maaf. Minta ampun. Serius aku sibuk.
Jangan marah ea kalau aku tak update. Korang doakan je la aku tabah untuk tahun terakhir aku ni. Doakan supaya ilmu aku senang masuk ke hati, ke jantung, ke otak, doakan aku sihat, doakan aku serta adik-adik aku yang lain. Terima kasih! X X
Baiklah, sebagai ganti, untuk seminggu.
Minggu lepas,24 November 2013, ada kenduri kawen. Anak buah aku kawen. Sepupu aku punya anak. Kira anak buah jugak la kan? Ke ada perkataan yang lain? Aku tak kira, janji, antara aku dengan dia, pangkat aku makcik walaupun dia sebaya dengan aku. Yup.. Dia sebaya dengan aku. Jangan nak tanya, " makcik dia bila nak kawen pulak??" Nak kena lempang?
Aku belajar pun dah guling-guling. Inikan nak kawen. Acane rupa agaknya?? Nanti la aku cerita bab-bab kawen ni. Tunggu aku ada masa, aku karang,korang baca. Ok?
Dear-my-future-husband,
Selain saya titipkan pesan ni buat awak, saya juga sedang mengingatkan diri saya sendiri. Mendirikan rumah tangga bukan satu perkara yang main-main. Ianya serius. Tahap dimana dua orang yang berlainan watak, dinikahkan. Sepanjang kita dalam ikatan perkahwinan, kita menjalani satu proses. Iaitu proses perkenalan. Sebelum itu, kita harus mempersiapkan diri kita dengan ilmu kekeluargaan, keibubapaan, dan sebagainya. Sesungguhnya, saya juga sedang mempersiapkan diri saya. Saya harap awak juga begitu. Supaya saya dapat membiasakan diri saya untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar.
Dear-my-future-husband,
Nanti saya sambung lagi. Sebab saya nak buat entri khas buat awak. OK?
Dan semalam adalah hari menyeksa hormon-hormon stress yang dah berkumpul dalam badan aku ni. Aku join kayak dekat Bukit Ekspo. Aku ajak Ehsan. Sepupu aku. Dia bawak kawan dia. Jadi, kami bertiga. Ceritannya macam ni. Ehsan akan incharge untuk wall climbing. Dia akan bagitau aku apa-apa pasal aktiviti tu. Bila tuan dia free, aku free, kita akan ke Putrajaya dan memanjat. Dan aku, incharge dalam aktiviti kayak. Macam semalam. Kira adil la kan kan kan?
Dan hari ni, ada aktiviti kat kolej. Dari pagi sampai petang. Penat la juga. Aku join masak-masak kat dapur. hahha.. Dapat la rasa masak makanan untuk 100++ orang. Kebetulan, ketua dapurnya, anak tokey katering. Wah!!! Kelas kau Kak Ton! Aku dapat resepi nak buat ayam masak merah, dan sayur campur. Nak cerita jugak ni. Masa aku kat dapur, dok syok tengok bawang kena tumis, ada la seorang junior ni. Sebenarnya dia sebaya dengan aku. Aku tengok cara dia masak, memang cara orang yang selalu tolong mak dekat dapur. Aku jadi curiga. Sebab aku pantang sikit kalau lelaki lebih tahu kerja-kerja yang perempuan selalu buat. Tercabar kejantanan aku tau! Jadi, begini ceritanya:
Aku: eh, memang selalu masuk dapur tolong mak masak ke?
He: Haah. Selalu la jugak.
Aku: Adik beradik semua perempuan ke?
He: Tak la. Semua lelaki.
Hamekk kau! Hebat tak hebat. Lelaki pandai masak ialah lelaki yang seksi. Ada la lagi ciri-ciri lelaki yang boleh buat aku sebagai kaum hawa ni merasakan lelaki itu seksi Dan sungguh la aku tak jemu tengok kaum Adam masak. Macam hari ni, aras aku yang masuk pertandingan Masterchef semua lelaki. Siap bawak pinggan untuk decoration lagi. Mintak kat emak katanya. Wah! presentation diorang jangan cakap la. MELETOP! Haisy!! Tercabar aku!
Dear-my-future-husband,
Kalau awak nak tahu Saya boleh masak ke tak, pandai masak ke tidak, sedap ke tak masak, boleh la tanya mak saya. Kalau mak saya kata tak pandai, awak terima la. Sebab mak saya lebih tahu saya dari awak.
Dear-my-future-husband,
Saya memang tak akan dapat masak sama macam mak awak masak. Rasa masakan saya lain, masakan mak awak lain.Tapi saya boleh belajar. Itu puun kalau mak awak tak kedekut ilmu. HAHAHHAHA. Tapi rata-rata orang yang dah kawin cakap, kalau kita tak tahu nak masak, nanti bila kawin, automatik kita akan tahu masak. Harap awak tak kisah. Tapi kan, kalau awak tahu masak pun, kira hebat jugak la.Eh, awak tak hebat tapi awak seksi. Serius.
No comments:
Post a Comment