Hi blog.
Rindu aku?
Minta maaf. Tiada niat nak tinggalkan blog ni lepas activate fb.
Sorry blog!
Jadinya, hari ahad itu hari, ada kenduri doa selamat dekat kampung aku belah mak. Sempena mendoakan maksu aku yang bakal melahirkan anak tak lama lagi. Aku bakal dapat sepupu baru, pada umur 23. Bila umur aku 46 tahun, dia baru 23 tahun. Doakan panjang umur.
Tapi bukan pasal itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal nenek aku ni ha. Masa lepak-lepak, borak-borak kat dapur, nenek aku cakap:
nenek: nanti kalau nenek mati, kain batik lepas ada dekat dalam almari tu.
Aku terus berhenti. Reaksi dalaman aku macam ni:
aku: what the neraka are you talking about?
Tapi reaksi luaran aku:
aku: Kenapa nenek ni? Cakap bukan-bukan.
nenek: iye la. Nenek bukan apa, kita ni dah tua, bila-bila masa tuhan boleh panggil.
Maksu menyampuk:
maksu: maksu ni pun sama. Tak tahu la nanti macam mana beranak.
nenek: kain ikat dagu pun nenek dah sediakan kalau nanti masa
nenek mati mulut nenek tak boleh tutup.
aku: eee... Kenapa semua cakap macam ni? Kalau macam tu, nanti imah pun boleh mati muda blablablabla..
Mati tak kira usia. Mati itu pasti. Salah satu perkara yang dirahsiakan oleh Allah kepada kita.
Bila duduk berkumpul ramai-ramai, terutamanya meluangkan masa dengan keluarga macam hujung minggu hari tu, sedikit sebanyak, ia menolong diri kita, mengingatkan kembali kepada perkara yang kita lupa. Contoh macam mati tu la. Tu yang kat Fb aku, terutamanya kat wall aku, banyak aku post pasal benda-benda yang orang lain cakap, dan aku terima. Sebab aku pun nak orang lain sedar juga. Aku bukan nak untung seorang diri. Lagipun, benda baik, moleklah kalau dikongsi. buat renung semua penduduk bumi, yang selalu lupa diri, Hidup di dunia ini, kena menyembah Ilahi.
Macam-macam la! Tak tercerita sebenarnya.
Dan setiap kali aku nak balik kolej ke, bapak call ke, aku call ke, bapak aku mesti tanya:
bapak: ada apa-apa masalah?
aku: doakan imah tabah nak habiskan final year ni.
***********************
aku mencari,
kebaikan yang mana telah ku beri,
kebajikan yang mana telah ku beri,
untuk manusia yang lain.
mood swing.
p/s: anak-anak ibu, pada hari ini, ibu dengar kadar tol dinaikkan, selepas pengumuman naik kadar bil elektrik, minyak. Macam manalah nanti zaman kamu semua ea?
No comments:
Post a Comment