Showing posts with label daily report. Show all posts
Showing posts with label daily report. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

first january 2014

Assalamualaikum.

Today a special day right?

Did you have fun last night?

Me? Well, I'm sleeping like a baby ya know. *american*

364 days to go.



***************************************




May Allah gave strength to my parents to support my family,
May Allah ease my siblings and me to gain knowledge,
May Allah protect my-in-law-to-be family, *even I did not know who they are, I still prayed the best for them*
May Allah send me good peoples around me,
May Allah ease my way.Your way. And others.


Be nice to me 2014, dear baby. 

Sunday, December 29, 2013

The final exam mood.

Assalamualaikum.

Tomorrow will be the 1st day of my final exam. This will be my second last final exam (kalau tak kantoi apa-apa) . I have two papers on the same day. And after that, will be finished another two subjects on the another week.

If you don't want to wish me, just make a doa for me.

May Allah ease everything, may I will not  'blakout' on my exam day. May everything that I read and studied pops-out in the final. Possible kan?



Thanks. 

xoxo

Wednesday, December 25, 2013

Ulang Tahun Mereka

26 Disember 2013


Assalamualaikum. 

Mana mungkin aku terlupa ini hari. Tiga orang sekali jalan! Hari ini ulang tahun bapak, Miss Chung dan Ayin.
Alhamdulillah, aku masih ingat.



Aku dah whatsapp Ayin sehari awal. 



"... tak payah nak terharu sangat dengan aku."



Biasa la. Kawan dah lama. Perangai pun dah tahu. hahaha. I wished him a very good luck in whatever he do. Dan moga dia nikah cepat dengan awek dia. 

Untuk Miss Chung, memang plan nak bagi awal-awal pagi. Sebab aku tahu, kalau hantar malam, memang esok pagi baru teacher check handphone dia. Penat la tunggu dia balas balik. 


Teacher mesej,

Teacher: "so cheeky!"

me: hehehe. Yes i am.

teacher: I know ;)

me: teacher ni pagi2 dah buat cute.


Suddenly she sent me an animation showing a blink-blink words of " I MISS YOU"


Mana la aku tak tergelak, tak tersenyum sorang-sorang. Giler cute!



Tiba-tiba teacher balas.

"..may you find your prince charming soon. hahaha."



Aku jawab secara jujur dan ikhlas.

"... true price charming never give up kan teacher.." (forever winning quote)



Tiba-tiba lagi! Text yang mengundang senyuman aku, mengundang macam-macam perasaan. Teacher ni memang sengaja. Sengaja buat aku nak abis cepat kat UPM ni. OMO!


"..Have you seen zubir's baby on fb? So cute.want to see your junior too :)"


Mesej yang baik kan kan kan??




Dan sebelum subuh dan buat satu video untuk bapak. Hantar ke whatsapp group anak-anak bapak. Bapak dan emak memang takde whatsapp. Jadinya, kakak la yang tunjuk.

bapak cakap.

".. Jangan doakan bapak kawin lagi satu."



aku hape lagi, melawan la.

".. buat apa nak doa bapak kawin lagi satu. Baik doakan anak ni yang belum kawin."



Bergelak sakan kami. Rugi kalau tak bermanja dengan mak ayah sekarang. Bila dah biasa buat dengan mak ayah, for sure dengan bakal mertua pun tak kekok. Kan? 



Practise make perfect ye dak?




Friday, November 22, 2013

"Macam mana nak buat ayam masak kicap?"

Assalamualaikum.



Masa maghrib tadi, ada 3 misscall. Terpapar nama Abg Cel. Ah sudah!



Pada nama Abg Cel di sentuh jari. 



*Send Message*



aku: Kenapa? Aku kat toilet la tadi.



Selang beberapa minit. Telefon bimbit berbunyi. Daripada Abg Cel.




Abg Cel: Assalamualaikum.


Aku: waalaikumsalam.


Abg Cel: lama kat toilet.


Aku: aku basuh baju la.


Abg Cel: eh imah. Nak masak ayam masak kicap macam mana? Kena ada bawang besar, bawang putih, bawang kecik, cili merah, lagi apa?


Aku: sos tiram dah?


Abg Cel: nak kena taruk jugak ke?


Aku: aritu aku letak la sikit. Dalam satu dua sudu.


Abg Cel: kicap tak letak? 


Aku: letak jugak. Ah!! empat sekawan jangan lupa.


Abg Cel: empat sekawan?? apa tuh?


Aku: kulit kayu manis, buah cengkih, bunga lawanggggg... mmmmmm.. ape ea nama lagi satu tu?


Abg Cel: ape lagi satu?


Aku: Alaaaa.. apentah nama lagi satu tuu. Kau tanya je la kat tokey kedai.. tau la die.


Abg Cel: Ok.


Aku: Ha!! Ayam tuuuu... * tiba-tiba percakapan aku dipotong*


Abg Cel: Eh?? Aku tak masak ayam. Aku nak masak telur jeee..


Aku: waklllluuuu!! Yang kau tanya macam mana nak masak ayam masak kicap kenapa? 



Mati - mati aku ingat dia nak masak ayam masak kicap. Hampas kelapa dara betul! Tu la anak bujang mak aku sorang tu.





*******************************


Happy birthday to my younger sister, Huda.

She is now 11 years old.

Mohon dia jadi matang-dan-tak-mengada-ngada.
Biasa la anak last memang perangai nauzubillah. Kena banyak mengucap dan istighfar.






Tuesday, November 12, 2013

Pakcik Bilik Nano

Assalamualaikum.

Hi blog.

Just a short update from me.

This was an advice from an old man.



He: Apa kunci komunikasi yang berkesan?

Me: Komunikasi dua hala..... kooooot.

He: Bukan. Ianya kesabaran.

Me: *angguk*

He: Apa benda yang senang tapi susah buat?

Me: errrr....

He: Ingat Tuhan.



p/s: Ada teguran indirect yang Allah nak bagi kat kita melalui hambanya yang lain.

p/s/s: Tahniah kepada kawan aku-yang-sama-umur-satu-blok sebab dah dapat baby girl. And same goes to Kak Maria Elena. Congrats for both of you.

Friday, November 8, 2013

Orang Bongkak

Assalamualaikum.

Hi blog.

Hidup ni der, jangan suka nak lekehkan orang lain. Walau kau pangkat tinggi sekalipun. Jangan la nak bongkak mendabik dada macam-kau-sorang-yang-power. macam-kau-sorang-ja-yang-terror.


Hidup ni der, susah nak cari orang yang tak mata duitan. Susah nak cari orang yang tak materialistik. Susah nak cari orang yang nak hidup susah. Semua orang nak hidup senang ye dak? Ada ke orang yang nak hidup susah? kalau aku pun, aku tak nak bro. 



Tapi tak payah la sampai nak lekehkan orang lain. Sekurang-kurangnya dia berusaha atas peluh sendiri. Bukan macam orang lain. Merengek sikit, dapat. Ugut sikit, dapat. Selagi benda yang di usahakan itu halal, xde hal punya.



Kau siapa nak tentukan penjual burger tepi jalan tak de masa depan? Kau siapa nak tentukan penjual lembu takde masa depan? Kau siapa nak tentukan peniaga pasar malam  takde masa depan? Kau siapa nak tentukan jual ayam takde masa depan? Dan kau siapa nak tentukan gelap dan terangnya masa depan orang lain. Kau seorang manusia sahaja, kawan. Bezanya hidup dia dengan hidup kau, tak de slip gaji. 


Siapa kata takde slip gaji tak boleh hidup? Nak kena Lempang?

Nak aku cerita kisah benar? 

Boleh ja.

Bos kawan aku. Buka burger tepi jalan. Dekat LRT Universiti. Ada BMW sebijik, isteri lawa, ada ijazah. Amacam?

Itu baru seorang.

Bapak aku punya kawan. Jual lembu ja pun. Dah naik haji. Kau?


Ha. Senang cerita, hidup kat dunia ni der, atas bumi Allah ni der, jangan nak mendongak langit sangat. Jangan nak kembang dada sangat. Kena lempang kang. Boleh ja nikmat ditarik sekelip mata.



Gua ada kawan. Memang gangster habis.

She: Kalau You kaya sangat, belilah cinta I.


Ayat paling power untuk orang yang suka tunjuk lagak macam harta dia banyak sangat. Padahal harta mak bapak. Lepas tu paksa-paksa bercinta dengan dia. Ceh! Apa pun tak boleh.

Kalau orang dah tak nak, diam-diam, MOVE ON.




Ikutlah seperti resminya padi,
Semakin berisi tunduk ke Bumi,
Semakin berilmu merendah diri,
Itu sifat yang terpuji.

By: Rabbani, Epilog Budi.



p/s: Rabbani is one of bapak's favourite group. Masa kecik-kecik bapak selalu pasang lagu-lagu Rabbani. Masa kecik-kecik tak tahu pun maksud liriknya. Dah besar-besar ni, haila, buat nangis ja. 





Saturday, October 26, 2013

kemalangan

assalamualaikum.

hi blog.

tak nak tulis panjang-panjang.

cuma nak kasi tau.

aku accident pagi tadi. lepas aku tengok ehsan (sepupu) main hoki kat ipgbm. aku langgar motor orang. orang tu ok. motor dia pun ok tapi plat dia dah tercabut. 
adik motor tu ingatkan aku:

adik motor:  akak ok ke? Akak punya lagi teruk. 

*nangis*

Monday, October 7, 2013

Rugby KMR 2013

Assalamualaikum.

hi blog.. This year  was my first time ever watched rugby, played by my college mates. Of course the boys were played it. Touch rugby played by girls. And I used to play it in my first year at my old Kolej Muhammad Rashid.

     Apa yang boleh aku lihat setakat hari ini, telah pelbagai masalah yang menimpa kaum-kaum Kolej aku, sejak zaman senior, super senior, super duper senior, super duper power senior, super saiya senior dan sebagainya. Bermacam, pelbagai dan banyak masalah. Sungguh. Tapi yang aku dapat lihat, sampai sekarang, KMR masih bertahan. Macam aku tengok budak-budak tadi main rugbi. cuba untuk bertahan. Dah di garisan touch down, masih tak dapat nak bergerak, tapi masih maju. Cuba bolos. Cuba dan cuba untuk bolos. Cuba dan cuba untuk bertahan. Selama yang boleh. Di bantu oleh rakan-rakan di belakang. Bertambah kekuatan di barisan hadapan. 


Aku nampak, kasut sukan dikongsi. 
Aku nampak baju rugbi besar.
Aku nampak first aid kurang sempurna.
Aku nampak pemain yang sama.
Aku nampak penyokong yang sama.
Aku nampak warga kolej lain ketawa.
Kepada kita.

Tapi,
Semangat mereka kuat.

Aku harap, pada masa akan datang, KMR masih mampu bertahan. Bertahan dan masih bertahan. Dan ia perlukan kesabaran dari semua orang. 

Sebab aku, seorang yang tidak mampu. Hanya kalian. 

Semoga sukses, wahai warga kolej.

HasmahJani.

this picture taken on 3rd October 2013. KMR vs K10. Old KMR was located behind those big trees.
May this entry, will be one of the evidance that I can show to juniors or maybe juniors found this in the net.

Today, was KMR vs K16.
To release stress. We watched rugby. Hehehe.
  

Saturday, October 5, 2013

Anniversary

Assalamualaikum.

hi blog.. maafkan diri ini yang semakin sibuk.  maaf maaf maaf.

While I'm typing this entry, it already 2.35am, 6th of October.


    Today is my Abah's birthday!! I will make phone call to him and wish him as I promised to him last week ( I think) banyaknya him. Insya Allah. Because I am busy with some event held by my faculty. Special for final year students.  

    For your information, Abah is my chemistry teacher. Back in SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur. Just near my home. Why we (my girlfriends) keep assign him abah because at that time, he is just handsome and so soft spoken. Really helps us in chemistry. Care about all of us. Make it short, he understand us really well. Really well. I still keep in touch with him. And I do miss his class.

Happy Birthday Abah!!! 

                          And and and.


    The anniversary-thing was yesterday. Unfortunately, I was busy with exam and my faculty event. The event will be 2 days event. And it was tiring man! But worth it.


    I met a friend on  5th October, last year. We used to be a friend long time ago but the friendship was 'lost-connection' after he finished his primary school. Vanished just like that. However, I still remember his name. I meant full name.

So, make it short,  I valued this re-friendship.

You choose: Sahabat Selamanya.
I choose: Move on.

Happy 1st friendship anniversary, Mr. Cute Monster.



Tuesday, October 1, 2013

Salam Takziah

Assalamualaikum.

hi blog.. Aku dapat mesej dari abg sepupu aku, Abang Ijat pagi tadi. Ternyata, apa yang di harapkan oleh semua orang tidak termakbul. Sebab Allah sayang.


Abang Ijat: Imah.. Muniq da meninggal.. Jumpa mayat dia pagi tadi.


Semoga roh arwah di cucuri rahmat.

Abang Munir dalam kenangan. *klik untuk ke berita online*

Al-Fatihah.

Monday, September 30, 2013

wanita yang bimbo

assalamualaikum.

hi blog.. al kisah tentang seorang wanita bimbo bernama imah (nama sebenar). Hari ini hari pertama masuk ke makmal untuk menjalankan projek tahun akhirnya. Setelah siap menyediakan laptop di atas meja. Menekan butang 'On' di laptopnya. Dia terus melilau di dalam makmal. Mencari orang untuk bersembang sementara menunggu laptop dalam keadaan 'jaga'.

Dipendekkan cerita bertemu dengan akak-lab-yang-tolong-amik-minyak. Mari kita labelkan beliau sebagai Akak Sharol. Begini ceritanya:

Dalam keadaan Akak Sharol yang sedang sibuk mencari barang di kabinet:


imah: Akak, akak pakai mendeley ea?

AS : Haah. Kenapa?

imah: Benda tu berat tak kalau letak kat laptop akak? Saya dulu dah install tapi saya uninstall balik sebab mendeley tuh buat laptop saya berat. dan loading lama gila. Mungkin saya ada simpan macam-macam kot. Tapi saya dah banyak delete.

AS: Iye ke? Akak pakai ok ja. Tak berat pun. Awak punya disk tu berapa?

imah:  Uhh?? disk? 

AS: Ermmm.. Awak punya memory?

imah: Huh?? memory?? Ntah la kak. Saya pun tak tau. Tapi yang sahih, tahun lepas saya dah tambah RAM. 

AS: Mustahil la berat. berapa space tinggal??

imah: Erkk?? space? Apa tu kak?

AS: Takpe. Meh akak check.

*sambil klik dari satu ikon ke satu ikon. My Computer> kursor ke OS (C)> right hand click > properties > clik*


AS: MAK AIIII! Nih banyak lagi space ni. Berat apanya??

imah: Mana akak tau?

AS: tengok ni. ada lagi %%% GB.

imah: Orwh. Ye ke..

AS: Ok sekarang awak pergi kat CCleaner.

imah: Saya ada ke?

AS: Ni ape?? *sambil tunjuk pakai cursor*

imah: Sepanjang saya pakai laptop dari awal sampai sekarang, saya tak pernah pakai pun kak. Saya ingat antivirus yang lain. Sebab saya selalu hantar kat kedai. Mungkin kedai tuh yang installkan.

AS: CCleaner ni kena pakai. Kerja dia, tolong kita bersihkan file-file  yang kita tak pakai. OK. Sebab awak dah lama tak buat, dia ambil masa sikit la. Tapi lepas semua dah setel, awak klik pulak disk cleanup. Lepas habis disk cleanup, awak buat pulak disk defrangmenter. Follow ja apa yang dia suruh. Bila dah siap semua, awak akan rasa yang cursor awak dah smooth. 

imah: *angguk-angguk macam burung belatuk*

************************************************

Sesungguhnya, wanita bernama imah memang seorang yang bimbo bab komputer. Bukan tak tahu langsung. Tapi bila melibatkan software apa yang bagus, bagaimana fungsi, yang ini untuk apa, yang itu untuk apa, apa berbeza itu dengan ini, dan sebagainya, memang malas nak ambil tahu sebab berbelit dan sulit untuk difahami. Begitu juga bab telefon bimbit. Jadi, wanita bernama imah amatlah berbesar hati jika ada orang yang sudi untuk mengajar dia tentang hal-hal di atas. 



p/s: Aku harap 'hantaran' aku tak kena demerit sebab hal-hal yang dinyatakan. Sekian, terima kasih. hahahaha

Saturday, September 28, 2013

tips untuk demam dan selsema.

assalamualaikum.

hi blog!! 
aku teringat abah cakap masa dulu-dulu. iye laaa.. dah sakit-sakit macam ni, baru ingat apa orang tua cakap kan kan kan? 


"kalau saya selsema, isteri saya akan buatkan jus oren campur mangga. untuk bagi vitamin C."


iye laa.. dah isterinya jururawat. untung la abah aku.

celah mana pulak aku  nak cari jus mangga campur oren kat kolej ni?

sudahnya, aku beli oren dekat Giant South City Plaza.

3 biji. untuk aku sorang. boleh la kot. sebiji oren dipotong jadi empat.

insya allah sihat. doakan aku.

p/s: terima kasih Giha, bagi akak ubat selsema awak. nanti kirim salam kat abang awak ea. hahahahahahaha.
p/s/s: mula la tu kata aku gatal. kalau tak boleh gurau, pergi duduk surau. reti?

Saturday, September 21, 2013

THE NEW PHASE OF LIFE: HER ENGAGEMENT DAY

Assalamualaikum.

On one beautiful day, I've received a text from someone:


she: Salam. aku confirm bertunang sabtu ni, 21/9. harap maklum. *smiley*

me: omjayyyy! terus tunang?! bila? malam pagi petang?

she: tengah hari *smiley*





from my ig: kakak engagement day. i love this shoot since i'm the one yang pegang hp kakak seharian. dari angkat call sampai snap pictures, record video semua. haila.



from my ig: danish dan safiya. sepupu aku. everyone enjoyed very well yesterday. ada la jugak perang-perang semalam. tapi aku cerita lain kali. tak lupa jugak ada yang terkejut sebab anak wak jani bertunang.


Tahniah buat kakak. Semoga semuanya berjalan lancar selama setahun akan datang. amin. *cepat doakan sekali*


i did text her:

me: sorry can't help you a lot except for my nagging.

aku memang suka membebel.


p/s: susah tau sebenarnya nak pindahkan gambar dari telefon ke komputer. tu yang aku banyak muat naik gambar  ke akuan  instagram aku. tapi sekurang-kurangnya, ada jugak la gambar kat dalam blog ni kan kan kan??

Sunday, September 15, 2013

kepelikan di kenduri kahwin

assalamualaikum.

hi blog! semua mesti pernah pergi kenduri kahwin kan kan kan?

ate, teman nak nanya nih..

kenapa,

kenapa lelaki tak pakai baju melayu beserta samping bila pergi kenduri kahwin?

pernah fikir tak?

majoriti pakai kasual.

kalau perempuan tak pakai baju kurung, mesti orang pandang slack. pandang slack tu macam ni:


" eh eh?? apesal dia tak pakai baju kurung ea??"

lebih kurang gitu lah.

pernah tak korang tanya:


" eh eh?? apesal lelaki tuh tak pakai baju melayu ea??"

siapa terfikir macam aku, then we are great thinker! *eyewink*

p/s: Selamat Pengantin Baru Kak Norsiah dan Abg Qayyum.

Saturday, September 14, 2013

tips untuk elak bosan

assalamualaikum.

sekarang pukul 4.31am. ikut jam aku. pada masa aku menaip entri ini, sudah menginjak 15 september 2013. tetapan blog yang senget ini telah membuatkan blog aku satu hari ke belakang. oh! itu tidak mengapa. abaikan.


aku kembali ke rumah semalam malam. sebelum itu, tidak ada siapa pun tahu yang aku akan pulang kecuali Allah, ana dan ayu. jiran di kolej tempat aku menginap. 


pada ketika aku menunggu LRT untuk pulang, aku menaip mesej untuk di hantar kepada kakak.


me: guess where i am?

she: where are you?

me: hahaha

she: vongeks?

me: lorong haji taib

she: with who?

me: alone. nak tgk market aku tinggi ke tak. hahaha

she: mesti tinggi doe. hahahahha



sesi ini menbuatkan aku tersenyum sendiri. itu aku. yang mana bila sudah tiada kerja atau bosan dengan sesuatu, perkara pelik aku cuba aku lakukan. bagi yang baru mengenali diri aku yang tiada apa ini, kau gila, kata mereka. tapi bagi yang rapat, sudah biasa dengan cara kau, kata mereka.


sebelum aku menaiki LRT, aku menghabiskan masa aku di Terminal Bas Selatan, di satu kedai serbaguna atau lebih tepat seven elevan. menikmati bubur segara di atas tempat makan khusus buat tiga orang. aku duduk seorang diri. melihat orang. pada masa yang sama cuba untuk memahami sebahagian journal yang aku cetak.

memang niat untuk buat begitu. memberikan diri aku kelainan. memberikan diri aku ruang. untuk berada di tempat selain daripada bilik di kolej, tempat kuliah dan juga perpustakaan. supaya tidak bosan. itu makna yang lebih tepat.

berjalan dengan muka yang agak sememeh, muka budak baru masuk universiti, kononnya. berjalan dengan tudung lebar, berjalan dengan beg yang  boleh di kitar semula, berjalan dengan beg galas dari tahun pertama, berjalan dengan gaya nak balik kampung. berjalan dengan kasut nak pergi kenduri kawin. berjalan dengan gaya sendiri.  itu aku. berjalan sambil melihat orang. yang memang ada macam-macam ragam. 

itu semua untuk membuatkan diri aku supaya tidak bosan. ya. memang aku seorang yang cepat bosan. apa boleh buat. aku cuba untuk tidak melakukan benda-benda rutin. itu tips aku. 

aku lihat banyak orang.

itu yang aku dapat.

nak taip panjang lagi, aku terasa malas.

aku cadangkan korang buat sendiri apa yang aku buat. 

kau akan rasa. ada rasa yang tak dapat diungkap. atau ada idea tapi tidak tahu bagaimana nak dihuraikan. atau kau memang malas nak bagitau.





Wednesday, September 11, 2013

my dear pakcik zamani

12 september 2013

assalamualaikum.

*this post is specially made for my dear uncle*



to: my dear pakcik  zamani.



happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to my dear pakcik,
happy birthday to you.

happy 30++ years old pakcik.

below is a part of a poem that i wrote for you.


my dear pakcik,

when the day i lost you,

i knew that there will be no more place for me to be myself.



sincerely,
your-moody-handsome-gagah-skema-egois-manja-anakbuah,

imah.

Monday, September 9, 2013

hari ke dua

assalamualaikum.

hari ke-2 untuk sesi kuliah 2013/2014. wa duduk  sekali dengan junior. najihah namanya. comel ja budak ni.

 perasaan? biasa ja. eh tak. bercampur.

sekarang ni kalau jumpa junior, pakat salam cium tangan aku.

itu maksudnya apa?

tua?
atau menghormati?

bapak aku cakap, tak boleh suka hati cium tangan orang tau. 

lepas tu kemain la menganjing:

'eeeee.. akak dah final year!!'

korang ni memang kan juniors. 

pang sat g kang baru tau. 

psiko betul.

Thursday, September 5, 2013

hujan lebat di pagi hari. dan wa basah lencun.

assalamualaikum.

hi blog!! bila korang last mandi hujan? tell me tell me tell me.. *cara gedik*

aku mandi hujan pagi tadi. masa on the way hantar adik aku pergi sekolah dia. 

babe! memang lencun habis wa cakap lu. sebelum keluar, wa dah nampak la gelap kat sana sini. tapi wa cakap, pecut laju sikit sempat la kot. kooooottt.. 

hamek kau! tengah-tengah jalan terus hujan lebat. redah je la jawabnya. alang-alang basah, biar lencun. kan kan kan..

dan dan sampai sekolah, lepak barang 5 minit, wa jumpa pakcik kantin. namanya pakcik manap. wa panggil abang manap. lu orang panggil pakcik, wa panggil abang. jangan ingat wa gatal. wa pang sat lagi kang! memang wa dengan membe-membe, cikgu-cikgi panggil abang. memang law dia cenggitu. 

ok sambung..

wa mintak abang manap plastik sampah satu. nak buat baju hujan kata wa. amik la katanya sambil sambung kerja. mesti lu orang pikir, wa ni senget ke hape dah basah lencun boleh plak mintak plastik sampah nak buat baju hujan. kan kan kan?? sobab ea, wa bawak hp, ic, kad bank, lesen kereta motor, kad klinik gigi, kad watson, kad mesra petronas etc. semuanya dalam poket wa. rajin sangat la wa nak pegi setel satu-satu kalau cip kad tak boleh baca, tulisan kat kad dah kembang sampai tak boleh baca. paling penting! hp wa. lu orang boleh la cakap, xde hp pon boleh hidup. wa tak boleh der. tak boleh. itu la intan payung jam loceng aku. tapi selalu kat rumah kalau berbunyi, wa tutup then wa tido balik. last-last mak wa yang kejut. itu pun lepas mak wa warning, kalau kau tak bangun, mak pijak kau. 

lagi satu sebab, sandwich. ye pagi tadi wa buat sandwich telur. pakai resipi ana. wa balik semata-mata demi sandwich. tak sangka kan kan kan. wa dah siapkan bekal sandwich untuk abang pagi tadi. dia dah nak balik poli. wa buat satu letak cheese, satu lagi tak letak cheese. wa cakap, bang, ni bekal kau, boleh la makan dalam kete. aku tak makan telur rebus la imah, katanya. 


krik krik krik~~~~

p/s: mak wa tanya, bila wa nak 'berambus' dari rumah?