Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, November 22, 2013

"Macam mana nak buat ayam masak kicap?"

Assalamualaikum.



Masa maghrib tadi, ada 3 misscall. Terpapar nama Abg Cel. Ah sudah!



Pada nama Abg Cel di sentuh jari. 



*Send Message*



aku: Kenapa? Aku kat toilet la tadi.



Selang beberapa minit. Telefon bimbit berbunyi. Daripada Abg Cel.




Abg Cel: Assalamualaikum.


Aku: waalaikumsalam.


Abg Cel: lama kat toilet.


Aku: aku basuh baju la.


Abg Cel: eh imah. Nak masak ayam masak kicap macam mana? Kena ada bawang besar, bawang putih, bawang kecik, cili merah, lagi apa?


Aku: sos tiram dah?


Abg Cel: nak kena taruk jugak ke?


Aku: aritu aku letak la sikit. Dalam satu dua sudu.


Abg Cel: kicap tak letak? 


Aku: letak jugak. Ah!! empat sekawan jangan lupa.


Abg Cel: empat sekawan?? apa tuh?


Aku: kulit kayu manis, buah cengkih, bunga lawanggggg... mmmmmm.. ape ea nama lagi satu tu?


Abg Cel: ape lagi satu?


Aku: Alaaaa.. apentah nama lagi satu tuu. Kau tanya je la kat tokey kedai.. tau la die.


Abg Cel: Ok.


Aku: Ha!! Ayam tuuuu... * tiba-tiba percakapan aku dipotong*


Abg Cel: Eh?? Aku tak masak ayam. Aku nak masak telur jeee..


Aku: waklllluuuu!! Yang kau tanya macam mana nak masak ayam masak kicap kenapa? 



Mati - mati aku ingat dia nak masak ayam masak kicap. Hampas kelapa dara betul! Tu la anak bujang mak aku sorang tu.





*******************************


Happy birthday to my younger sister, Huda.

She is now 11 years old.

Mohon dia jadi matang-dan-tak-mengada-ngada.
Biasa la anak last memang perangai nauzubillah. Kena banyak mengucap dan istighfar.






Friday, August 23, 2013

rumah terbuka mengejut.

assalamualaikum.

hi blog!!. sekarang pukul 2.47 pagi. ikut jam laptop aku.

aku minta maaf sebab aku sibuk sikit nak siapkan report untuk  di hantar ke supervisor aku.

baiklah. entri ini sedikit macam my-so-called-random, tak jugak. aku anggap ia sebagai satu kes dalam kepala otak aku yang patut aku fikirkan jugak. faham setakat ni?

begini ceritanya. hari ini, aku dan kawan-kawan menghadiri rumah terbuka salah seorang kawan sekolah menengah. datang kawan aku, perempuan. kami tanya, katanya datang dengan seorang lagi kawan lelaki kami. dia kata, kawan lelaki itu terus balik rumah dan hanya meminta kawan itu hantar sahaja dia di rumah terbuka itu. ok, faham tak setakat ini anak-anak?


baiklah kita sambung. kami bertanya, mengapa jadi begitu? kawan perempuan itu menjawab, mak budak lelaki itu nampak yang mereka menaiki satu kereta. kawan perempuan itu bercakap lagi, emak budak lelaki itu  selalu melihat anaknya keluar rumah dari tingkat atas. kami mengangguk. selepas sesi cerita pung-pang-pung-pang, kawan lelaki lain berkata, emaknya memang begitu. selalu sorok kunci motor dan kereta. kalau di sorok ke dua-duanya, kawan lelaki itu akan berjalan kaki. dia juga berkata, mamanya tidak akan buat begitu, tetapi mamanya hanya meninggalkan pesan, kalau kamu masuk penjara, mama tidak akan datang tengok. 

terdiam aku, sambil berfikir sejenak. memang ada pelbagai cara ibu bapa gunakan untuk mendidik anak. mungkin bagi sesetengah orang, cara itu hanya mengongkong anak-anak, menyekat kebebasan mereka. tetapi, ketahuilah anak-anak sekalian, ibu bapa hanya ingin menjaga kamu. 

macam mana agaknya nanti, bila aku sudah punya anak? 


wahai bakal anak-anak ibu,
sesungguhnya, pada umur 22 tahun ini, ibu kamu ni, 
sedang mencari formula untuk mendidik kamu.
kerana kamu harus tahu.
ibu kamu ini sangat yakin.
pada zaman kamu,
mendidik anak-anak adalah salah satu perkara yang paling mencabar dalam hidup.
ibu kamu sedang membaca dan belajar.
dari pemerhatian dan juga dari pengalaman.
kerana ibu bukan sahaja mahu menjadi ibu kamu,
tetapi ibu  mahu menjadi kawan karib kamu.

ikhlas,
hasmahjani (ibu).

bila aku selit pasal masa depan ni, mesti korang fikir, ni mesti tak lama lagi nak nikah la ni, sebab tu entri berbau family-story. HELLO! cer cakap sikit kat aku,ada ke orang yang tak nak nikah? duuuhh~~~~