Friday, February 4, 2011

Giveaway eqbalzack "SEDUT KASI ABES! "

5 th februari 2011

cuti yang melaharkan.. maksud? ye la.. orang cuti buat assignment.. aku cuti buat taik mate, bina lemak badan.. hahah.. dan aku pula mengambil jalan yang amat drastik.. GUA BALIK KOLEJ AWAL DER!! oh! kesian sahabat-sahabat yang nak raikan bufday aku ^^.. * poyo ar kaw! *




dan dan dan.. ternampak la give away yang baru.. oh! abg eq buat contest! mau join!
*barang siapa yang mahu menyertainya, sila klik banner ok! ^^
contest mesti mau ade syarat ye dak? hehe.. dan aku dah melepasi syarat yang pertama * dah jadi follower *
syarat ke-2 :
aku mempertaruhkan idea kreatif aku nih untuk contest ini..
dan inilah hasilnya ^^ *wink wink wink *
Di suatu tengah hari jumaat, 4 februari 2011 bersamaan 1 rabiulawal 1432 hijrah. Hari itu adalah hari ke-2 untuk perayaan tahun baru cina.

Di rung tamu di sebuah rumah di tingkat lapan, flat projek perumahan rakyat, terdapat sekumpulan perempuan terdiri daripada seorang ibu, kakak-kakak dan adik-beradik perempuan sedang menjamu selera.
Dimanakah golongan lelaki? Mereka telah selamat sampai ke masjid untuk mendirikan solat jumaat wahai pembaca sekalian. Taat sungguh mereka!

‘mak, tengok imah tu. Dah dua kali tambah dah.’ ucap kakak ku yang tak berapa tinggi itu.

‘biaq pi aku la. Sat lagi aku balik mana nak dapat makan lauk cenggini.’ Puji aku. Padahal lauk tunjuk je pon.

Bersantaplah warga perempuan itu sambil menonton TV3. Cerita pada waktu solat jumaat memang menarik perhatian sampai aku tak perasan yang aku hanya menelan nasi tanpa mengunyahnya. (nasib baik tak tercekik)

Emak berlalu pergi ke dapur. Tiba-tiba!

‘kuah dah tinggal sikit ni. Saiapa yang ambil banyak?’ Tanya emak.

Kakak melihat aku, aku melihat nina dan nina melihat kakak. Mata kami tertancap kepada adik yang bongsu, uda.

Kami melihat pinggan adik bongsu kami yang digenangi oleh sup tulang itu.
‘uda yang ambil. Udakan suka makan banjir mak.’ Bercakap sambil mulut mengunyah. (tidak digalakkan tiru seperti ini wahai pembaca )

Uda pergi ke dapur.

‘uda nak pegi mana tuh? Sup tak habis lagi nih.’ Tanya kakak.

‘kejap uda nak ambil straw.’

‘nak buat apa?’

‘nak sedut kasi habis la sup ni. Uda nak buat macam sup gear box tuh. Kakak nampakkan ade
lubang kat kat tulang ni.’

Kami pon : kahkahkahkahkah!
syarat ke-3: saya sudah letak banner *oh! jangan tergoda *
syarat ke-4 : saya mau TAGGED aimyathirah.. OH yeah! kau patot bangga beb ^^
syarat ke-5: akan ku tinggalkan link.. *baek tuan! ^^*
tarikh katup contest :
6 Februari 2011 (Ahad) : 11.59 malam
***************
banyak benda nak share..
OH yeah! ^^


9 comments:

Tuan Cimot said...

hadiahnya apa??nak sedut apa pulak??heheh..good luck..xmahirlah wat ayt dramatis ni..hoho

4feet8 said...

gudluk..

zaMir said...

oit imah...ko join jugak akhirnya...hahaha...=P

Unknown said...

good luck yer imah..tp kalau kalah pun abg eq nak belanja makan kan...huhu...:)

imah said...

kaktikaleh: mane ade dramatis kak.. bese ja pon.. last minute idea^^ anyway, tq kak ^^

imah said...

kak nanie: tq kak ^^

imah said...

zamir: akhirnya bro ^^!

imah said...

abg edy: hehe.. itu sudah pasti =P anyway, tq bro..

eqbalzack said...

SALAM..
esok Selasa, 15-2-2011, boleh singgah tengok keputusan GA di blog saya..tQ