Friday, April 26, 2013

anak emak nombor dua.

26 april 2013

Assalamualaikum.

hi blog!

hari ni, lepas abis kelas, lepak jap dengan coursemate aku. mula-mula ingat nak tapau ja.. but then tengok diorang makan, so aku pun:

" aku join korang makan."

eleh makan la sangat.. makan waffer dengan jagung rebus ja pun.

bila dah lepak, takkan lepak sesaje, yedak?? mesti ada "cerita" yang dibuka. so, tetiba masuk part, anak no-2.. since roll kitorang kat rumah as KAKAK, she and me is the 2nd in our siblings. jadi, makin rancak la "cerita".

then, aku google: MR K punya blog memang interesting! dan sini juga.

*entri ini bukan bajet artis pun, sebab aku imah. bukan fatimah rohani maembong =P*

ANAK MANJA IBU
sebab apa- apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!


# aku mana ada ibu, aku ada emak aku ja.
# aku takde la manja dengan mak pun, tapi kakak aku pernah cakap, " kalau kau mintak apa-apa kat mak, mak terus bagi." 

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..


# degil sangat! tapi bukan sampai tak boleh dengar cakap langsung. kalau kena cara, kena ayat, kena intonasi suara, boleh ja aku ikut. 


nampak tak muka degil?


HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi


# xde la sampai macam nih. selagi aku tak tau opinion orang lain, aku still dengan stand aku. itu ja. 
# bila dah banyak opinion, boleh ja aku buat pertimbangan, xde masalah. cuma bagi masa la. 

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka


# kena kawan aku tak percaya aku lembut? aku perempuan kot! but that is really deeeeeeeepppppp inside of me. 

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..Tapi  mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..


#campak la aku kat mana pun, insya allah boleh survive.
# ambil berat? depends apa siapa orang tuh pada aku. tapi boleh ja buat tanya-tanya macam tu.

aku: "kau sihat ke tak?"


anyone: "sihat"

aku: " ok than."

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri

# aku memang suka buat kerja sendiri. kalau aku kacau orang, maknanya aku bosan. pastu mula la nyanyi-nyanyi bajet suara sedap. *tersedak*
# setakat nih, semua part-time yang aku buat, semua under boss.. tapi aku lagi suka kerja yang masanya fleksible, macam keje dengan akak boss. work from home.


PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas….

#serius aku loser in fashion.
# just pakai ikut selesa dah la yedak? 

Tak Pandai Pujuk
Memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..

# hurmmm.. pakwe tuh ape ea?
# aku terror pujuk baby ja.

Setia.
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban 


# bercinta tu macam kuih koci ea??
# aku ada pencil box yang aku pakai dari sekolah menengah sampai sekarang. elok ja aku jaga, cuma zip dia dah buat hal. sebab benda tuh, adik-ipar-tak-jadi aku bagi  masa tukar-tukar hadiah. dapat dia punya.  nampak-tak-connection-dia??

Pemaaf dan Caring
Tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

# pemaaf dan caring?? formula ape nih???
# aku jenis yang cepat rasa bersalah, lagi-lagi kalau salah tuh memang salah aku. 
#pemaaf?? tengok pada kesalahan. selalunya, jarang la maafkan. 
#caring???  again, tengok pada orang. siapa orang tuh dekat aku. 
#marah???? hurmm setakat nih, sedang mencuba untuk tidak pendamkan rasa marah. sebab aku jenis yang kalau tak puas hati, aku diam dulu. lepas tuh baru aku lepas. tapi bila lepas, kesan dia sangat besar. 
#kalau marah aku marah yang membebel-bebel, itu tanda aku normal. kalau marah aku, marah yang diam, itu tanda bahaya.

p/s: mostly its 90% correct la.. yang lagi 10% depend on experienced, surrounding and other factors.

No comments: