Tuesday, August 27, 2013

kantoi dengan Ketua Pengarah

assalamualaikum.

hi blog!!

semalam dan hari ni, memang keje aku dengan foo masuk library.  sekurang-kurangnya ada jugak benda yang boleh kami baca. tapi, terkantoi dengan Ketua Pengarah. aku pulak masa tu tengah baca paper. rehat sekejap lepas buat some reading on nicotine. hahahaha.. lantak la.. 

jadi hari ini, aku pun tak tahu nak share apa dengan korang.

kalau aku share apa yang aku rasa dengan korang agak-agak korang muntah tak?? 

sebenarnya, aku terkilan la.. sebab ramai lagi yang smoking, even perempuan. tak pernah fikir pasal masa jangka panjang ke?  shisha lagi la. effect dia lagi kuat. kalau bagi statistik penyakit pun tak mampu nak bagi rasa gerun, apa lagi yang boleh orang sekeliling buat untuk sedarkan mereka-mereka yang agak tak sayang diri sendiri dan orang lain.

aku bukan apa. sebab aku pernah nampak budak umur 3 tahun mintak rokok dekat ayah dia. kalau ikut pemikiran budak-budak yang memang tak tahu apa-apa, diorang anggap merokok-or-what-so-ever tu sebagai satu benda yang baik yang boleh dibuat. hakikatnya??

kesian.

kalau nak bercakap pasal hukum hakam memang aku tak pandai. tapi yang aku tahu, apa jua benda yang boleh merosakkan diri sendiri, is haram kan?

aku bukan nak condem. aku cakap ja. kalau itu katanya nak lepaskan stress, bagi aku, itu tak bijak.




video
nazim nak solat, dia tunjuk tudung kat aku. aku cakap, dik! lelaki tak pakai tudung. pergi amik kopiah.

No comments: