Thursday, April 4, 2013

Aktiviti Hujung Minggu: EIGTEK'13 PART 3

3 april 2013

assalamualaikum.

hi blog!!

MARI kita sambung pengembaraan ala-ala tak berapa nak survival nih.. sebab ape tak survival?? sebab makanan senang nak cari.. tempat tinggal sudah tersedia.  bilik mandi cantik. ape lagi kau nak??

BAHEK LA!.

BASED on my previous post, selepas jelajah Gua Temprung habis, kami pergi ke satu lagi GUA. dekat juga dengan Gua Tempurung. kalau ikut law jalan raya, kita akan jumpa  Gua Kandu dulu, baru Gua Tempurung. tapi, ikut la pada pengarah anda.

ya! selepas kami ke Gua Tempurung, Gua Kandu adalah lokasi terakhir. Gua Kandu terletak sangat dalam. bukan macam Pantai Dalam. Nak masuk ke kawasan Gua Kandu, sebiji lori di perlukan untuk mengangkut kami. Dua kali trip abang Ranger tu buat.sebab kami ramai. wei wei wei! jakun tau dapat naik lori. bila lagi feeling-feeling hindustan-sambil-tudung-berterbangan?? bila bila bila?! *emo sebentar*



did you see that hole?? ya yang hitam tuh.. itu mulut Gua Kandu. Tinggi ok!!




disebabkan nisbah diantara lelaki adalah tidak seimbang, jadi, lelaki semua tidur dalam khemah. THIS IS BEST BRO! kami menginap di Kandu Eco Advanture! service yang sangat sangat sangat puas hati. bilik tidur tip top! bilik air superb! makanan awesome-sampai-menjilat-pinggan! staffs yang handsome tentunya  ^.^v *gatal* hei hei hei.. mana nak dapat abang ranger at the same time jadi tukang buat air? air sedap giler! oorang bujang kannn =P pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk surau. semua facilities yang ada, boleh dikatakan well maintainance ! terjaga rapi.  oh! adik kepada owner tempat ini, sangat peramah! kami panggil pakcik tu PAKCIK TEKA-TEKI. sebabnya suka bagi teka-teki.

Aktiviti jelajah Gua Kandu  diadakan pada waktu malam. sebab apa? baru thrill bro! tapi risikonya besar. kata  ranger, eh abang ranger, tak ramai yang request untuk lakukan aktiviti jelajah gua ini pada waktu malam. tapi sekali lagi aku tekankan, kami ikut arahan pengarah. hahaha. 



kemon la! perempuan lagi ramai dari lelaki. ini masa nak masuk hutan. kami akan berkumpul di satu kawasan sebelum meneruskan perjalanan yang jauh. 



masing-masing beratur. dalam hutan, akan ada tali sebagai penghubung, penanda dan penyokong. buat-buat tarik tali ke.




le juniors. tempat berkumpul sebelum masuk. kat sini, kami diberi sedikit taklimat ringkas. rules and regulations bak kata orang jawa.



again.

 baikla.. kami berjalan di dalam gelap malam bertemankan lampu picit. kalau takde lampu, boleh la mintak tolong kawan suluhkan.. seekor kunang-kunang menyambut kedatangan kami pada malam itu.


kata abang ranger, ini adalah iron ore. *jangan malas google* kalau larat, boleh angkut bawak balik. berat? of course la bertan-tan matrik! macam-macam yang kami jumpa. stalaktik-stalakmit-batuan hidup-batu yang macam bentuk orang-betuk gajah-bentuk naga.

















 FYI, Gua Kandu ini adalah gua kering. maksudnya tak da air macam gua temprung. jadi, gambar-gambar memang akan ada pasir. hahaha. kat dalam gua kandu juga ada satu jalan menuju ke Gua Intan. Aku suka satu tempat kat gua tuh. tempat tuh ranger cakap sesuai buat motivasi. tempat tuh boleh kata kalau kau bernafas seorang pun boleh dengar! masa tuh, semua kena diam. kena keras. kena statik. kena pejam mata ..apa yang aku rasa? aku rasa sebak. rasa nak nangis. ouch! if i had a chance, a want to do that again.



pengarah dan shahrul. biasa la anak bandar masuk gua. 





tau kami kat mana?? kami di mulut gua! ya! tingginya adalah dalam 30 meter dan! bukan semua yang boleh naik. atas faktor keselamatan. tapi disebabkan dah datang jauh-jauh, takkan aku tak nak naik kan? rugi la jang oii!! mana nak dapat harga murah sebab pergi ramai-ramai. this was also the best part of Gua Kandu. aku secara jujurnya, tak sangka dapat tengok ciptaan Allah yang sangat INDAH! bayangkan dalam penat-penat kau daki, at the end, kau dapat tengok bintang-bintang yang bertebaran di langit malam. aku tak sangka. Maha suci Allah. Allah maha Kaya. INDAHNYA LUKISAN ALLAH. aku tak sangka, benda yang aku nak buat selepas aku nikah dengan Mr suami, tercapai tanpa aku duga. tanpa aku rancang. tanpa aku minta kesudahan impian aku. takpe-takpe. boleh ja kalau nak buat lagi. sebab suami tak sama dengan kawan-kawn. ^.^v di kesempatan itu, aku dulu diam-diam, zikir-zikir sambil tengok bintang. bintang yang aku tak tau bila lagi nak jumpa. bintang yang aku tak tahu sama ada ia akan bersinar lagi kala aku mendongak langit malam. sebab kita sibuk. dengan macam-macam benda duniawi. aigoo!! tarbiah diri sendiri pun kena jugak. kan?

adalah juga melepak dalam 30 jam ke satu jam. sebab tunggu mereka yang on the way. dari sini, boleh nampak camp site kitorang and the North-South Highway. 


pumpang pumpang keluar gua nak dekat pukul 1am. alhamdulillah. semua selamat. takda sakit-sakit ke kena sampuk ke. alhamdulillah. semua penat. mana taknya. lebih dari 10 jam, digunakan untuk menjelajah dua gua dalam satu hari. KAU MAMPU??!

jadinya, malam tuh, mandi-mandi. dan terlelap hanya beberapa saat di kala kepala cecah ke bantal.

TIPS UNTUK MASUK GUA KANDU:

1) SARUNG TANGAN DAN TOPENG MUKA

benda wajib BAWAK! sebab kita akan selalu contact dengan tali yang digunakan untuk menjelajah ke setiap inci gua. untuk mengelakkan kecederaan. disebabkan gua ini jenis gua yang kering, berdebu, molek lah bawak mask. nanti kang ada yang terbatuk-batuk.

2) JANGAN PAKAI BAJU WARNA HITAM

sebab boleh menarik perhatian sang nyamuk. tapi jangan la pulak pakai warna putihhh.. sebab cepat kotor plus kita akan contact dengan tanah dan debu.

3) TORCHLIGHT.

bawak la yang pakai lampu neon tuh, lampu putih tuh.. lagi senang nak tengok compared dengan lampu kuning.. headlamp pun boleh. lagi senang.

4) AIR

ya! jangan lupa bawak airnya.. sebab penat woo.. bawak la bag pack satu. isi la air ke, energy bar, segala ubat. asal kan jangan berat bag dah la..

over all, tips for Gua Tempurung can be applied here too!
*malas nak taip*

so! due to that, I'm eager to go for hiking. love natures too man!

p/s: ok dah abisss... i'll be update on more things la since dah start cuti mid sem. its a big YEAH-NO! at the same time. you know, pre-final year students.

No comments: